oleh : Shahrastani
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Negara kita memiliki ramai ulama karut yang berkaliber dan
berwibawa.
Salah satu daripada ulama-ulama ini ialah Haji Mahathir, Perdana
Menteri
kita sekarang. Dengan kuasa "Istidraj" yang dianugerahkan kepadanya,
Haji
Mahathir dibolehkan untuk mengeluarkan fatwa-fatwa canggih yang
berlawanan
dengan Islam. Fatwa-fatwa ini adalah benar dan diperakukan oleh
ulama-ulama
karut yang lain biarpun ia terang-terang bertentangan dengan ajaran
Islam
yang sebenar.
Keramat dan Istidraj.
Sebelum penulis mengulas lebih lanjut, izinkan penulis menerangkan
secara
ringkas mengenai Keramat dan Istidraj. Keramat ialah kuasa ajaib yang
dianugerahkan Allah kepada hamba-hamba soleh yang dikasihiNya. Ia
bertujuan
untuk meningkatkan lagi kesolehan dan kemuliaan hambaNya itu. Istidraj
ialah
kuasa ajaib yang dianugerahkan Allah kepada hamba-hamba yang
dimurkaiNya. Ia
bertujuan untuk meningkatkan lagi kemungkaran dan kelalaian hamba
tersebut
dari mengingati Allah SWT.
Jelas, Haji Mahathir telah dianugerahkan "Istidraj". Beliau masih
gagah
bertenaga biarpun sudah banyak melakukan kejahatan dan fitnah.
Penjilat-penjilatnya masih berada di sampingnya biarpun mereka tahu
sikap
Haji Mahathir ibarat "paria pundek tak sedar diri". Ulama-ulama karut
Haji
Mahathir yang lain, sementelahlah, sentiasa bersiap-siaga menatang air
kencing dan najis Haji Mahathir untuk dilumurkan di tubuh mereka. Kata
mereka: Untuk azimat dan berkat "Istidraj" Haji Mahathir. Cukup
Mengharukan!
Rasuah Akhirat
Fatwa di atas adalah fatwa terbaru Haji Mahathir. Fatwa ini
diperakukan
benar dan betul oleh rakan ulama karut beliau. Canggih benar fatwa ini.
Tidak kedapatan di dalam al-Quran, al-Hadis, Ijmak, Qiyas dan
sebagainya.
Untuk memahami fatwa "Rasuah Akhirat", lihatlah rangkap perkataan ini:
"Sesiapa yang menyokong Islam, dia akan dianugerahkan syurga". Anugerah
syurga inilah yang dinamakan "Rasuah Akhirat" menurut Haji Mahathir.
Sesat lagi menyesatkan. Itulah sahaja yang dapat saya ungkapkan
kalau
diminta mengulas mengenai fatwa ini. Berdasarkan fatwa ini, nampaknya
al-Quran mesti diubah. Sebabnya, kandungan al-Quran bersifat "Rasuah
Akhirat". Cuba lihat, banyak "janji manis" yang Allah telah taburkan
untuk
hamba-hambaNya yang beriman. Tidakkah ia bersifat "Rasuah Akhirat".
Hadis
Nabi juga perlu dibakulsampahkan. Berdasarkan fatwa Haji Mahathir, Nabi
SAW
perlu didakwa kerana melakukan jenayah "Rasuah Akhirat". Cuba lihat,
bukankah Nabi SAW banyak menjaminkan syurga daripada Allah untuk
umatnya
yang soleh.
Tidak perlu saya hurai lagi. Tegasnya, "Rasuah Akhirat" tidak wujud
langsung dalam Islam. Tidak perlu juga saya bicara mengenai "Rasuah
Akhirat"
kerana istilah "Rasuah Akhirat" itu sendiri sudah salah, sesat lagi
menyesatkan. Ingatlah! Janji Allah dan RasulNya SAW adalah benar.
Sesiapa
yang menyokong dan memperjuangkan Islam kerana Allah, pasti dijanjikan
syurga. Ini bukan rasuah tetapi janji Allah yang Maha Menepati Janji.
Kesimpulannya, "Rasuah Akhirat" adalah satu lagi fitnah agung
ciptaan
Haji Mahathir. Tujuannya, tidak lain dan tidak bukan, untuk
mengelirukan
masyarakat Islam dan memesongkan masyarakat bukan Islam daripada ajaran
Islam yang sebenarnya.
Sudahlah Haji Mahathir, bertaubatlah!