Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BLACK METAL - VCD PORNO - ?

Assalamualaikum & greetings

Teman-teman ramai yang sudah berbicara isu black metal ini, cuma saya yang belum memberikan pandangan. Saya seorang yang naive tentang musik ala barat - black metal, underground, hiphop, jazz, blues etc. Yang ingin saya bicarakan ialah awlawiyyat (keutamaan) isu ini diketengahkan. Kenapa ianya diriuh-riuhkan sekarang. Kenapa bukan dulu lagi. Bila dihebohkan saja isu black metal ini didada akhbar, terus saja pemuda umno buat kenyataan, terus saja kementerian buat kenyataan, terus saja semua jenis pemimpin buat kenyataan. Seolah-olah maklumat dan bahan yang hendak dikatakan semuanya sudah siap sedia. Kalau betul semua benda ini dikumpul hasil pemerhatian yang cukup lama, kenapa setelah ada insiden kematian, pencabulan dan sebagainya baru hendak bertindak? Memang betul masalah sosial harus ditangani secara bersama oleh semua pihak melangkaui batasan parti dan fahaman politik. Memang manis kenyataan ini, tapi manis yang bersalut racun. Begitu ikhlas bunyinya hendak menentang black metal yang menular sehingga ke peringkat sekolah rendah dan sekolah agama. Risau kononnya black metal anti agama dan memijak Al Quran. Saya juga risau, saudara juga risau jika demikian. Tapi black metal pijak Quran dibesar-besarkan, kenapa bila pemimpin umno permainkan Quran tidak menjadi isu besar? Amacam geng umno? Ok.

Isu Pornografi.... ini lagi satu isu menarik. Saya kira isu ini sudah diutarakan sekian lama oleh segenap lapisan kelompok masyarakat. Kenapa baru sekarang? Mesin cetak vcd ni bukannya macam komputer lap top boleh masuk dalam beg. Mesin VCD nie besar. Adakah kerajaan dan pihak berwajib tak tahu kewujudan syarikat dan kilang-kilang yang memilikinya? adakah jawapannya nanti sama dengan kewujudan kilang "Bright Sparkles" yang meletup di Sungai Buluh dulu? Kerajaan tidak tahu. Seperkara lagi, pusat penjualan vcd cetak rompak sama ada movie, lagu ataupun perisian komputer semua orang KL tahu di Petaling Street... berapa banyak balai polis ada di sekitar petaling street? Tak kan itu pun tak tahu... atau pun sudah dibereskan semuannya? Kerana tindakan menangani gejala vcd nie kurang meyakinkan, umno teruskan lagi skripnya dengan ugutan terhadap kakitangan dan agensi penguatkuasaan. Ugutan tu memang betul berlaku, tapi percayalah ianya rancangan yang seperti biasa kita tonton. Dulu heboh isu Datuk Bandar KL kena ugut sebab tutup kedai videogame, tapi berlambak lagi kedai videogame. Yang sebenarnya nak dicari bukan pencetak VCD blue, yang hendak dicari ialah pencetak VCD reformasi, VCD keadilan, VCD Pas, VCD ceramah, VCD debat olok-olok umno, VCD laungan reformasi dsbnya. Ok habis situ.

Umno sedang berusaha untuk menonjolkan keIslaman mereka. Sebab tu diaorang sibuk dengan benda-benda sebegini. Saya suka meminta agar bukan setakat vcd porno je yang disekat, tapi teruskan sekali dengan Empat Nombor Ekor, Magnum, Sport Toto dan kedai-kedai arak yang berleluasa. Saya juga ingin melihat sejauh mana biro agama pemuda umno boleh mendesak pihak berkuasa untuk mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai rangkaian Seven Eleven dan di Stesen-stesen minyak. Ok itu saja.

Shahrul - Pemuda BATU






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com