Dewan universiti Malaya terbakar, mahasiswa jangan dikambinghitamkan !!!
Pagi semalam, Dewan Tunku Canselor (DTC) Univesiti Malaya telah hangus dijilat api. Yang peliknya, Rahim Tambu Chik si perogol tak bermaruah itu telah dengan selambanya membuat kenyataan tanpa bukti.
Rahim "bawah umur" @ 15 tahun telah mendakwa kebakaran tersebut berpunca daripada pengaruh risalah-risalah anti-kerajaan dan bahan-bahan daripada internet.
Rakyat umum jangan tertipu dan terpedaya dengan tipu helah penjilat Mahathir ini (Rahim @bawah umur). Mungkin ada beberapa kemungkinan yang perlu kita renungkan:
Mungkin regim UMNO, BN, Mahathir dan polis ingin menyekat kebangkitan mahasiswa:
-Kita perlu sedar kebelakangan ini mahasiswa mula bangun besuara dan berdemonstrasi. Khususnya isu kekejaman ISA. Hinggakan ada seorang mahasiswa UiTM telah dibuang daripada universiti.
-Jadi kebangkitan ini perlu disekat, wujud kemungkinan bahawa DTC dibakar oleh pihak-pihak daripada SB.
-Lagipun menurut sumber-sumber dalaman, DTC tu memangpun nak diubahsuai dan ada cadangan untuk meruntuhkannya sejak dulu lagi. Jadi kebakaran ini mungkin jadi sebab saja.
-Pengarah Keselamatan Universiti Malaya khabarnya akan digantikan oleh orang dari Biro Tatanegara (BTN). Ini ada signifikannya.
-dengan kejadian ini, maka kawalan akan diperketatkan. Pintu masuk akan dijaga rapi dan segala aktiviti mahasiswa dalam kampus akan di kawal ketat dan mungkin akan diharamkan.
-Mungkin juga akan ada tangkapan ke atas aktivis-aktivis mahasiswa. Mereka ini akan dikambinghitamkan sebagai bertanggungjawab terhadap kebakaran tersebut. Sebelum gerakan mahasiswa membesar. Baiklah dibunuh tunasnya terlebih dahulu.
Memang ada risalah anti-mahathir dan anti-kerajaan dalam kampus. Terutamanya risalah yang menggesa mahasiswa memboikot acara "Simposium Hala Tuju dan Penegasan Mahasiswa" yang sepatutnya diadakan di DTC pada 29 dan 30 JUN. Ini kerana jelas acara itu merupakan cara UMNO dan regim Mahathir untuk masuk dan menghasut mahasiswa. Pak Lah akan merasmikan acara ini. Rahim Tamby Chik akan memberikan ucap tama. Forum oleh puteri Azalina, Nazri Aziz dan pembelot gerakan mahasiswa Asraf Wajidi (PKPIM).
Tindakan Rahim @ bawah umur menuduh kebakaran tersebut sebagai sabotaj oleh mahasiswa anti regim mahathir adalah tanpa bukti yang kukuh. Fikirkanlah, laporan oleh pihak bomba masih lagi belum dikeluarkan tetapi kenyataan dengan penuh konfiden telah dinyatakan. Bagaimana Rahim @ bawah umur boleh terlalu yakin. Mesti ada sebabnya kan? Mungkin ini adalah satu lagi sandiwara dongengan regim Mahathir. Boleh jadi……
SPAI STUDENT