Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tangisan Ketua Kakaktua

Oleh Suria Janib

SETIAP tahun, setiap kali menjelangnya perhimpunan agung Umno tiada sorotan yang lebih menarik dibuat melainkan mendengar jerit pekik lolongan ucapan Presiden Umno berjam-jam lamanya. Stamina tuanya masih kuat dan dia masih bersemangat seorang diri. Jarang ada pemimpin tua berucap berapi-rapi sehingga lewat tiga jam tetapi Mahathir berjaya membuktikannya malahan berdiri lebih lama sampai besok pagi pun Mahathir masih boleh! Walaupun lawak jenakanya boleh dikategorikan tiga bintang tetapi isinya haprak untuk direnungi, mungkin sesuai untuk Melayu mudah lupa tetapi untuk pembangkang mudah ingat bicaranya yang semakin merepek-repek bunyinya.

Apatah lagi apabila Mahathir bertalu-talu menuduh PAS pengkhianat, penipu dan punca perpecahan Melayu, sebenarnya Mahathir meletakkan dirinya di tempat orang bersalah kerana Mahathir tiada bukti yang jelas siapa pengkhianat dan petualang bangsa sebenarnya.

Jika dia mengatakan Melayu mudah lupa, tetapi Melayu tidak akan lupa- Melayu berada di bawah pentadbiran Umno selama 44 tahun dan selama 20 tahun Mahathir memerintah dan selama itulah kita melihat parti itu gagal membela nasib Melayu. Mahathir sendiri mengakui berapa kerat orang Melayu jadi jutawan. Yang jadi jutawan pun bukan jenis Melayu "cikai" dan "haprak" tetapi yang ada kepentingan politik dan bail out menteri di belakangnya. Adakah ahli Umno tidak mengakui hakikat sepenuhnya bahawa yang kaya raya dimiliki oleh mereka di peringkat tertinggi?

Parti mana yang paling busuk mengamalkan politik wang, nepotisme, dan kronisme kalau tidak Umno. Sehingga Musa Hitam dalam satu wawancara dengan akhbar nasional Umno apabila ditanya apa yang perlu dilakukan (mengenai Umno)? Jawab Musa "... senang saja tukarkan Umno balik kepada perjuangan asal dan pastikan is lebih liberal serta ambil tindakan berhubung dengan rasuah dan penggunaan kronisme, nepotisme. Beri peluang kepada orang baru, muka baru serta beri peluang mereka memberi pendapat dan menawarkan diri."

Maksud Musa pemimpin yang terlalu lama berkuasa menyebab parti mereka tidak produktif kerana hanya menurut kata Presidennya sahaja dan Umno sekarang tidak relevan jika masih memanjangkan hayat orang lama memimpin.

Namun apa yang kita lihat dalam kepimpinan Umno budaya mengkritik atau memberi pandangan terbuka kepada pucuk pimpinan parti hampir tiada langsung. Kita hanya melihat perhimpunan tersebut tidak ubah sekadar pentas sandiwara politik dan perhimpunan kakaktua Mahathir. Setiap minitbertepuk dan tepuk. Seronok dan gembira mendengar lawak jenaka Presiden. Sehingga Mahathir tidak pugs hati jika tepukan tidak gemuruh maka akan diminta menepuknya lagi.

Betul ke tepuk ni? Kalau betul, semua bangun (hadirin bangun).Alhamdulillah, Alhamduldlah, Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Terima kasih. Syukran. Ya permerhati juga bangun.

Alhamdulillah kalau ada semangat ini tahun 2004 kita sapu bersih dan kita tawan balik Terengganu dan Kelantan," jerit Mahathir sambil tersenyum puas.

Dan, sekali lagi mengakhiri perbahasannya dengan membaca sajak "Melayu mudah lupa" Mahathir tiba-tiba menjadi sentimental. Menangis dan menangis. Menurut Dato' Fadzil Noor, teknik Mahathir ini memang ada kesannya terhadap psikologi pendengar, tapi bila berulang setiap tahun, orang itulah yang sakit. Tetapi bak kata Mahathir sendiri, orang Melayu mudah lupa (ucapan Mahathir). Tunggulah perhimpunan seterusnya akan dating, jangan lupa perwakilan semua diminta menyediakan tisu masing-masing.

...................................
Petikan Detik Daily






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com