Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kebakaran Dewan UM, apakah yang tersirat ?

Saya kembali ke Tranung Kite, bukan untuk membantu secara serius. Sdr Abu Jihad dan Sdr Tok Penghulu sudah ada dan dia mampu untuk mengatasi semua masalah yang berlaku. Saya mempunyai keyakinan bahawa beliau telah berjaya mengatasi pelbagai rintangan serta cubaan untuk menghalang Tranung Kite beroperasi dengan lancar dan berkesan menangkis fitnah media pembohong kerajaan.

Saya datang hanya untuk membangunkan Laman Pas Kawasan Dungun sempena untuk Jubli Emas yang akan berlangsung di Kelantan kerana sebelum ini Dungun hanya ada Laman Dewan Pemudanya sahaja.

Berbalik kepada isu Dewan Tunku Canselor (DTC) Univesiti Malaya terbakar. Banyak perkara yang perlu difahami sebelum kita membuat sesuatu keputusan atas sebab apa kejadian ini boleh terjadi.

Sebelum ini, kita telah digemparkan dengan edisi Vasiti 2001 palsu. Banyak persoalan yang timbul, tapi semua menjurus kepada usaha-usaha pihak tertentu untuk menghalang kebangkitan pelajar. Kita tahu dan sedar SB-SB tidak gentar atau takut jika dia mampu dan boleh memantau sesuatu pertubuhan atau pergerakkan, tapi SB cukup gentar apabila sesuatu kebangkitan tidak mampu di kesan sebagaimana kebangkitan petani zaman Hishamuddin Rais.

Pelajar Universiti sekarang telah berani bangkit menyatakan kebenaran, mereka juga berusaha untuk membina satu jentera pendesak yang yang lebih agresif daripada sebelum ini. Sekitar tahun 80an dan awal 90a mahawasiswa hanya bergerak dalam satu jentera yang tersembunyi (gerakan sir), mereka hanya menghadiri usrah dan tamrin, membuat kerja-kerja jamaah dalam bentuk yang bukan terdedah. Saya tidak nafikan mereka ini juga membantu pihak pembangkang secara terdedah dalam banyak pilihan raya. Tapi usaha ini tak nampak jelas.

Tapi era kini, mahasiswa bangkit dalam beberapa demostrasi jalanan, mereka juga bersuara dalam forum-forum, termasuk forum-forum antarabangsa. Mereka bergerak dari segenap segi. Situasi politik kini cukup berberza. Ini amat menekan Dr Mahathir dan kunco-kunconya.

Mahathir cukup gentar, setelah rakyat tidak lagi mempercayai berita TV dan Radio, malah kita cukup pelik apabila rakyat kampung, setengahnya buta huruf lebih mempercayai berita dari internet yang hanya terpapar sebagai kertas helaian cetakan komputer. Mereka ini bukannya tahu apa itu internet, malah komputer sendiri pun mereka ini tidak kenal.

Kita juga tahu tak sampai 18% rakyat Malaysia yang menggunakan internet. Kita juga sedar, sekarang ini tak sampaipun 12,000 pengunjung (unique) internet yang melayari laman-laman reformasi. Malah ada sesetengah laman reformasi hanya mempunyai pengunjung sekitar 1000 orang sahaja.

Kenapa berita internet begitu gerun, walaupun tak ramai yang melayarinya.... Ini cukup membingungkan Mahahir dan kuncu-kuncunya. Malah mereka juga memberlanjakan berjuta-juta ringgit semata-mata membendung pengaruh berita reformasi daripada internet.

Mereka bertambah gusar dengan perkembangan Mahasiswa kini. Satu perancangan teliti telah dibuat untuk membuat ibu bapa di rumah merasa bersalah dan akan menekan anak-anak mereka yang belajar di pusat pengajian tinggi supaya terbabit dalam gerakan pelajar. Usaha ini ditambah lagi dengan memburuk-burukkan pelajar yang celik hati dan nurani sebagai pertualang masyarakat, ganas, ektremis dan pelbagai tuduhan liar.

Sebelum ini kita telah tahu mereka tidak malu untuk membuat tuduhan palsu kepada saudara Ezam sebagai pengganas, menggunakan senjata api untuk memberontak. Jadi tidak hairanlah kalau muncul nanti pelajar atau anak-anak kita pula dituduh sebagai memberontak, melancarkan gerakan anti kerajaan dengan sifat ganas dan tidak beradab.

Sebagaimana yang dikatakan oleh sdr Amin Sapiro, Hitler sanggup membakar Parlimen semata-mata membangkit semangat kebencian rakyat terhadap Austria. Apakah salah membakar satu dewan yang telah uzur dan beberapa kali dah nak dirobohkan itu? Lagi pun projek pembinaan nanti boleh membawa untung kepada kroni-kroni.

Saya masih mempunyai keyakinan yang kuat, ini adalah usaha jahat untuk memburuk-buruk imej mahasiswa, meredakan kebangkitan mereka dengan mengadakan kawalan ketat di UM dan pusat pengajian lain. Akhir pergerakan pelajar dapat dikawal.

Siapakah yang akan menjadi kambing hitam dalam episod sandiwara kali ini... kita tunggu dan lihat.

Tok Ayah




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com