Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


TERBAKARNYA DTC SAMA DGN TERBAKARNYA REICHSTAG (1933)

Kebakaran di DTC Universiti Malaya telah menimbulkan banyak andaian Namun jika dikaji secara mendalam terdapat tiga (3) andaian yang boleh digunapakai berdasarkan kepada situasi semasa di Malaysia.

1. Penyelenggaraan

Adalah menjadi satu norm bagi bangunan2 milik Kerajaan Malaysia (bukan BN) tidak memberi tumpuan kepada penyelenggaraan. Adakah undang di negara kita yang mensyaratkan pendawaian semula setelah sekian lama dipasang didalam bangunan? Adakah undang-undang yang mensyaratkan penyelenggaraan berjadual perlu dilakukan bagi membolehkan letrik disambung ke bangunan tahun demi tahun? Saya rasa syarat2 ni semua telah ada. Cumanya perlaksanaannya saja yang tak ade. Ini lah kelemahan Jentera Kerajaan Malaysia. Kita terlalu menumpukan kepada pembinaan tapi lupa pada penyelenggaraan. Dalam keadaan DTC yang telah tua usianya lebih dari 30 tahun sekurang2nya telah 4 kali pendawaian harus ditukar. Ini unt uk memastikan dewan yang kadang2 penuh sesak boleh digunakan dengan selamat. Namun seperti biasa di Malaysia the Bolehland, setelah terhantuk baru tengenadah (??) Lihat Karak Highway di bina setelah 14 FRU MAMPUS kat situ. Highland Tower etc. Semua tindakan diambil setelah berlakunya kejadian yang dahsyat. Ini bermakna kerajaan Malaysia adalah REAKTIF bukan PROAKTIF. Jadi yang lembap adalah Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN!!!

2. Sabotaj!!!!?????

Kemungkinan sabotaj tetap ada. Namun persoalannya oleh siapa? Adakah ianya dtg dari pelajar pro-Pembangkang?

Dalam usaha pembangkang mencari pengaruh, perbuatan sabotaj adalah yang paling bodoh dilakukan. Sabotaj hanya sesuai dilakukan dalam situasi peperangan. Dalam keadaan aman dan demokrasi, sabotaj boleh menghilangkan populariti. Memandangkan kebanyakan ahli pembangkang adalah bijak pandai (UMNO pun pandai tapi Cuma PEMIMPIN aja, penyokong UMNO BODOH), maka saya rasa perbuatan tersebut boleh mengurangkan sokongan orange ramai terhadap mereka…

Sekiranya berlaku, siapakah yang mahu sokongan terhadap pembangkang berkurangan? Jawapannya mestilah Mahathir dan balachi2nya. Sejarah telahpun membuktikannya….

3. Sejarah (Hitler dan Reichstag)

Pada tahun 1930’an pengaruh Parti Komunis amat ketara di German. Hitler yang ketika itu sebagai Chancellor German amat bimbang dengan peningkatan populariti Komunis yang boleh menggugat Parti Nazi beliau. Untuk mengurangkannya, Hitler mencari jalan untuk mengalihkan sokongan rakyat German. Beliau mengarahkan Bangunan Parlimen German Riechstag dibakar pada tahun 1933. Kemudian Hitler menuduh Parti Komunis yang anti-kerajaan melakukannya. Rakyat German Marah! Pilihanraya berikutnya Parti Komunis hanyalah satu SEJARAH!

Tidak mustahil Mahathir mengarahkan bangunan DTC dibakar. Ini bagi membolehkan penyokong pembangkang di tuduh dan rakyat Malaysia membenci pembangkang. Anyway, DTC Cuma berharga RM12.4 juta! Apalah sangat jumlah tersebut jika dibandingkan dengan jumlah RM 1,800 juta yang diahadiahkan kepada Tajuddin Ramli? Tak sampai 0.06% pun.

Lagi pun UMNO sudah memnag terkenal dengan sandiwara. UMNO ditubuhkan hasil dari pentas bangsawan Malayan Union dengan kerjasama British ditambah dengan kebodohan Sultan dan kedaifan orange Melayu ketika itu…… 13 Mei, Sauk, Operasi Lalang…. Etc.

Sekian
Anak Bekas Ahli UMNO Terengganu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com