Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Islam adalah pemangkin dalam penerokaan Sains dan Teknologi - Siri 12

3.0 Kesimpulan

" Maka Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat."(Surah Al-Mujaadilah; Ayat 11)

Semua ilmu sains dan teknologi berpunca dari al-Quran yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Bertambah yakin lagi keimanan kita bila kita memahami makna sebenar ayat-ayat al-Quran dengan cara mendalami serta membuat kajian. Ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Quran melatih pemikiran dan mendisiplinkan pencarian ilmu pengetahuan bagi kemajuan sains dan teknologi. Ia merupakan asas yang penting bagi sarjana-sarjana mengupas kajian yang dibuat untuk mentauhidkan Allah.

Sains dan teknologi Islam adalah berdasarkan kepada kewujudan Allah dan juga menunjukkan terdapatnya pertalian antara semua yang wujud. Tidak hairanlah kita dapati bahawa sarjana Islam pada zaman silam bukan sahaja dapat menguasai pelajaran-pelajaran sains dan teknologi, malahan mereka mampu memikul beban dan tugas yang difardhukan oleh Allah kepada semua makhluk-Nya. Jelaslah pada kita yang sains dan teknologi yang di sumbangan pada hari ini adalah dipelopori dari sarjanan-sarjana Islam dahulu dan bukannnya dari orang barat, malah orang barat sendiri menceduk ilmu ini dari Islam akan tetapi mereka menyembunyikan fakta sebenar dengan maksud tertentu samada sengaja atau tidak disengajakan.

Betapa hebatnya atau pentingnya hasil atau kejayaan yang diperolehi dari kajian sains, bagi sarjana-sarjana Islam, baik dahulu atau sekarang, tidaklah merupakan satu kejayaan yang mutlak dan dibanggakan. Bahkan kajian-kajian sains dalam berbagai bidang merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada hamba-hamba Allah yang dikurniakan pemikiran yang subur dan kemudahan-kemudahan istimewa oleh sarjana-sarjana Islam patut menumpukan pemikiran mereka kepada kajian-kajian dan penemuan-penemuan yang boleh memberi manfaat kepada kajian manusia dan yang boleh membantu manusia beribadat kepada Allah dengan lebih sempurna.

Realitinya sekarang umat Islam kini nyata baru sedar betapa bercanggahnya fakta-fakta sebenar dengan apa yang berlaku pada abad kegemilangan tamadun Islam. Umat Islam sekarang telah menjadikan Barat sebagai destinasi terpenting mereka dalam mencari ilmu pengetahuan, terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi. Ini kerana Barat telah berjaya mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh negara Islam, iaitu sebagai pemimpin dalam bidang sains dan teknologi. Sumbangan besar saintis Muslim di dalam bidang sains dan teknologi ialah memulakan tradisi menjalankan ujikaji yang teliti dan teratur. Ayulah umat manusia yang mentauhidkan Allah bangun semula untuk kepentingan sejagat dan membesarkan keagungan tuhan Rabbul Jalil. Wallahu A'lam.

Tamat…

Hagnet fakaw naw

Hagnet fakaw naw






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com