Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


JAMALUDDIN JARJIS BERMAHARAJA LELA: BPR TAK BUAT APA-APA

Lama saya ingin menulis tentang JJ lagi. Apakan daya sibuk dengan Perhimpunan UMNO dan perkara-perkara peribadi, maklumlah bukan kroni. Khabarnya JJ ke sana ke mari cuba memberi kepastian bahawa dia “bersih” dan apa yang dinyatakan terhadapnya yang sudah-sudah adalah fitnah belaka. Dia di sebuah program dengan Malaysia Institute of Accountants (MIA) “boleh-boleh” menyatakan apa yang diwar-warkan tentang dirinya di Tenaga Nasional Berhad adalah tidak benar belaka. Banyak keputusan yang dibuatnya di Tenaga Nasional Berhad adalah untuk kebaikan syarikat dan tanggungjawab sosial.

JJ janganlah bersandiwara. UNITEN yang dibawa ke Bandar Muazzam siapa yang paling untung dan masalah siapa yang kamu selesaikan? KAMULAH dan kroni-kroni yang sewaktu denganMU. Bangunan DARA siapa punya sebenarnya? Tanah-tanah yang bakal dijual ke Tenaga Nasional Berhad siapa punya? Belanja “renovation” UNITEN di Bandar Muazzam tergempar sampai 40% dari harga sepatutnya!!! Rumah teres setingkat UNITEN beli untuk kakitangannya sampai RM90,000.00 seunit dan perlu dibaikpulih lagi. Tanggungjawab sosial konon!!! Orang-orang Rompin bukan tidak tahu tetapi terlalu meluat untuk menyatakannya. Konon nampaklah yang beruntung orang-orang kampung. Masa buat projek dulu tidak dengar pun tanggungjawab sosial. Dah tidak laku guna Tenaga Nasional Berhad dan untuk orang kampung pulak tu!!! Sampai kini dengarnya apa-apa kakitangan Tenaga Nasional Berhad nak buat ayuhlah ke Bandar Muazzam……. ada tempat rekreasi!!!

BPR memang patut siasat JJ ni. Orang-orang Rompin terutama geng underground UMNO Rompin bersiap sedia 2004. Bersihkan negara dari Penyamun dan Penyangak bangsa Melayu.

...Warga Rompin






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com