Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tidak mustahil Mohd Fuad (Presiden MPMUM) akan mengaku merancang bakar DTC

8 July, 2001 1:36 PM

Tidak mustahil Mohd Fuad (Presiden MPMUM) akan mengaku merancang bakar DTC

Jangan terkejut jika Presiden MPMUM iaitu Sdr Mohd Fuad rakan mahasiswa kita akan membuat pengakuan merancang pembakara DTC baru-baru ini. Penahanan terbaru akta rimba ISA ini bagai menampakkan kerajaan Umno dan BN sangat takut di atas kebangkitan pelajar dan mahasiswa secara total menentang akta keselamatam dalam negeri (ISA) ini.

Tidak ada cara lain bagi kerajaan Umno dan BN ini iaitu menggunakan kuasa yang ada padanya secara maksimum menggunakan polis untuk mengekalkan kuasa mereka dan seterusnya dapat terus merompak harta rakyat.

Oleh itu, ingat mahasiswa dan pendukung gerakan Reformasi, jangan biarkan perkara ini berlanjutan sehingga ulamak pun hendak di tangkap di bawah akta ini. Sdr Anwar Ibrahim tentu bersedih mendengar peristiwa-peristiwa penangkapan ISA ini semata-mata untuk meneruskan perjuangannya menentang kezaliman Umno dan BN.

Demo tetap demo,
Lawan tetap lawan,
Sampai BN tumbang.

WR Crew untuk Suara WebReformis,
w w w . w e b r e f o r m i s . c j b . n e t






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com