Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DEMI KEDURJANAAN????

Sebagaimana Firaun yang sengaja tidak percayakan Tuhan dengan meminta Nabi menunjukkan bukti dan meminta Nabi berlawan dengan tukang sihirnya, maka seperti itulah juga Mahathir meminta PAS memberitahu bentuk negara Islam yang hendak dibuat oleh PAS apabila memerintah kelak. Nabi yang dianugerah mukjizat oleh Tuhan dengan mudah mematahkan hujah dan politik kotor Firaun, tetapi PAS mungkin mempunyai kesukaran untuk bertemu pihak seperti Firaun sekarang. Kesukaran bukan kerana ianya memang sukar, tetapi kesukaran kerana kedegilan. Sepertimana Firaun yang tidak pernah percaya kepada mukjizat Nabi, bahkan dikatanya sebagai sihir pula, maka seperti itulah juga payahnya berdepan dengan pihak seperti Firaun ini. Macam-macam istilah dibuat demi tidak mahu percaya kepada Islam.

Sebelum ini, masing-masing melungu mendengar ceramah-ceramah ugama di tvtv oleh ulamak seperti bekas Imam Besar Masjid Negara, Taib Azimuddin, Pakar Motivasi Dr. Hassan Ali, Pendakwah Bebas Ustaz Ismail Kamus dan seumpamanya. Setiap hujah yang mereka berikan bebas didengar oleh sesiapa saja. Tetapi, apabila mereka ini bercakap hal yang sama setelah menjadi YB dari PAS, mereka ini disekat dengan berbagai cara supaya ceramah mereka gagal, sedangkan ayat Quran dan hadis yang serupa disampaikan kepada rakyat samada sebelum dan selepas mereka menjadi YB PAS. Malangnya, ada pengikut yang UMNO(baru) yang goblok sudah tidak percayakan lagi ayat Quran yang sama setelah mereka itu berjuang dalam PAS. Inilah kisah malang kepada perjuangan Melayu-Islam yang diolah oleh UMNO(baru).

TVTV menyiarkan seolah-olah PAS gagal dan saling bertelagah dalam memperkata persoalan tersebut dan dengan tidak secara langsung menaikan imej Mahathir kerana persoalan yang dikemukan itu Walaupun bukan dari saf kepimpinan tertinggi PAS, tetapi penulis ingin sampaikan di sini mengenai Negara Islam yang macamana yang nak dibawa oleh PAS seperti disoal oleh Mahathir. Selain menjadikan Quran dan Hadis, Qias dan Itjmak sebagai asas pemerintahan, semua yang Mahathir lakukan yang bertentangan dengan 4 asas diatas tidak boleh dilakukan oleh pemerintah dalam sebuah negara Islam.

Contohnya, memfitnah orang sesuka hati, mengugut orang sesuka hati, mengambil duit rakyat dengan jumlah yang amat banyak untuk mengenyangkan kroni, berani menjadi saksi apabila membuat pertuduhan, menggunakan wanita sebagai ajen pemfitnah, tidak sukakan konsert-konsert yang bercanggah dengan Islam walaupun atas nama amal, tidak sensitif dengan murtad, membuat debat olok-olok dengan menggunakan ulamak demi memuaskan nafsu jahat semata-mata, mengenakan tol yang keterlaluan, menyalahkan pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi jika berlaku kedurjanaan, bercakap bohong dan mengajak orang dengan bersungguh supaya mempercayai bohong yang dibuat, memburukkan imej Islam, memperlekehkan fizikal Nabi, memperlekehkan Zaman Nabi, membela pendurjana dan pemaksiat sebaliknya guru agama dan mufti-mufi dihentam, membiarkan tulisan yang bertentangan dengan akidah didada akhbar dengan bebas, melekehkan hukum hudud , mengadakan masjid dan institusi berasaskan agama tetapi tujuannya ialah untuk memastikan apa yang diajar adalah supaya menepati hati pemerintah yang jelas kedurjanaannya. Melantik pemimpin-pemimpin yang mengikut MERITOKRASI kroni dan ketaatan politik tanpa mengambil kira MERIT agama. Menjadi platform pemerintah untuk mengaut keuntungan wang dalam kaedah yang bertentangan dengan syarak dan undang-undang. Menutup kebenaran dan menentang keadilan, menggunakan Mahkamah demi mempertahankan kedurjanaan, menggunakan polis untuk mempertahankan kedurjanaan dan sebagainya.

Itulah disenaraikan beberapa contoh yang tidak perlu ada kepada pemerintah sesebuah negara Islam. Tetapi rakyat dalam negara Islam memang banyak bersikap begitu. Inilah kerja pemerintah sebuah negara Islam untuk membetulkan rakyat dan sebaliknya bukan mengajar rakyat supaya ikut sama jadi pendurjana seperti pemerintah. Pemerintah Negara Islam juga mengajar Ilmu supaya manusia faham erti takutkan Tuhan walaupun mempelajari ilmu sains teknologi dan sebagainya. Pembanguan dan Kemajuan Fizikal bukanlah ciri pemerintah Negara Islam kerana sejak dari dulu lagi kemajuan fizikal adalah bukan ukuran kemajuan sesebuah pemerintah Negara Islam, bahkan semua kemajuan kebendaan yang melibatkan pembangunana Fizikal, ianya banyak dibangunkan oleh penentang pemerintahan Islam dan jika ada pun ia dibangunkan oleh orang Islam, tetapi ianya bertentangan dengan kehendak Islam, misalnya membutakan mata arkitek dan pembuat bangunannya ialah bukan Islam sifatnya.

Oleh itu, selagi usaha mempertahankan kedurjanaan dilakukan, maka semakin jauhlah pendurjana dari menemui kebenaran kerana kedurjanaan adalah bertentangan dengan kebenaran..........

xyychromosomes@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 31 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com