Akta bukannya perlu ditakuti, begitu juga undang-undang, ia tak perlu ditakuti. Peraturan-peraturan juga tak perlu ditakuti, tetapi semua itu perlu dipatuhi. Malang bagi masyarakat kerana pelajarnya ditakuti dengan akta, peraturan dan undang-undang. UMNO(baru)- sebahagian tertentu yang jahat nampaknya menggunakan akta, undang-undang, peraturan-peraturan untuk menakutkan pelajar. Mereka yang jahat ini bukan saja menakut-nakutkan pelajar saja, tetapi para akademik juga ditakutkan, sedangkan di universiti adalah tempat dunia akademik yang terbuka sifatnya dan harus bebas dari takut-menakuti mereka. Hatta di universiti segala buku-buku yang diharamkan pun boleh diperolehi di menara gading.
Namun, sejak Kementerian Pendidikan berMenterikan orang bukan politik dan berimbalan menterikan Aziz Shamsuddin, usaha mencari pelajar dan pensyarah yang pro-pembangkang kian meningkat. Kebakaran DTC adalah contoh terbaik untuk menilai tindakan jahat ISA untuk menakutkan pelajar. Polis sudah membuat kenyataan, jangan ada sesiapa membuat tuduhan melulu, tetapi apa yang berlaku ialah Ketua Puteri UMNO(baru) dengan sembrono menyuruh Prof.Anuar Zaini letak jawatan. Disamping itu, belumpun ada kenyataan rasmi dari Polis, tiba-tiba Presiden MPPUM diISAkan, bilik-bilik MPP di Universiti lain pun digeledah, bilik pensyarah di geledah. Sedangkan, pihak yang sepatutnya disoal ialah UMNO(baru), khasnya penganjur yang memanggil Rahim amby Chik untuk menyampaikan keynote address itulah yang terlebih dulu disoal siasat. Penulis tidak kata penganjur bersalah, tetapi DTC ketika itu adalah di bawah tanggungjawab penganjur perhimpunan tersebut.
Sebaliknya, bukan terus menekan Prof.Anuar Zaini supaya letak jawatan. Fenomena yang berlaku ini tidak jauh dengan fenomena kedurjanaan lain yang berlaku yang melibatkan UMNO(baru) secara langsung. Prof.Anuar Zaini tidak takut dengan tekanan jahat seperti itu, pelajar juga harus mencontohi Prof.Anuar Zaini kerana sikapnya yang berani dan tegas untuk melawan kedurjanaan yang cuba dikenakan kepadanya. Pelajar juga harus begitu, berani mempertahankan kebenaran dan tidak mudah suka mempertahankan kedurjanaan.
Berdasarkan sifat pusat kecemerlangan akademik, pelajar harus memberi tumpuan yang berat untuk membahaskan, menilai secara intelektual tentang setiap peristiwa yang berlaku di dalam masyarakat,samada dalam kampus atau lebih-lebih lagi masyarakat luar kampus. Berbicara tentang ideologi pembangkang adalah tidak salah dan tidak perlu ditakutkan, kerana ideologi Karl Marx pun diajar di kampus. Inikan pula soal-soal perjuangan dan ugama. Semua teori yang karut marut misalnya teori evolusi Darwin yang terbukti sesat itu pun diajar sejak dari sekolah lagi.
Maka, tak ada alasan supaya pelajar semua takuk untuk menyokong dan bersetuju dengan pembangkang kerana ada ramai pelajar yang ditaja secara terbuka oleh UMNO(baru) jadi pemerhati perhimpunan agung UMNO(baru) baru-baru ini. Bukan saja pelajar yang didurjanakan oleh UMNO(baru) ini, tetapi sesiapa saja yang dikira mampu dan berwibawa untuk melawan kedurjanaan ciptaan UMNO(baru). Hatta orang gila pun boleh dikira oleh UMNO(baru) sebagai pengancam keselamatan negara sekiranya orang gila itu merobek dan meludah-ludah gambar yang ada muka Mahathir. Itulah sebenarnya maksud mengancam keselamatan negara sedang ditakrifkan dalam negara.
Xyychromosomes @yahoo .com