Oleh
Zaharuddin Hj Abd Rahman
Ketua Penerangan Pemuda Selangor
Saya selaku bekas pelajar Universiti Malaya dan bekas
pimpinan pelajar Universiti Malaya merasa sedih dan
terkilan dengan kebakaran Dewan Tunku Canselor yang
begitu banyak fungsinya kepada para pelajar, tenga
pengajar serta Universiti.
Kebakaran DTC perlu dilihat dengan pandangan yang
pelbagai. Saya Cuma ingin menyertakan beberapa dimensi
pandangan.
Berikut adalah kronologi umum peristiwa pembakaran :
1. Penyebaran majalah Varsiti Palsu yang memburukan
pimpinan kerajaan BN.
2. Simposium Arah Tuju Idealisme Mahasiswa di Alaf
Baru akan diadakan di DTC, UM
3. Program tersebut dipengrusikan oleh Tan Sri Rahim
Tambi Chik.
4. Penyebaran ‘handbill’ mengecam kemasukan Dr.
Mahathir ke UM.
5. Kebakaran DTC pada jam 3.45 pagi 30 Jun 2001.
6. Tuduhan secara ‘direct’ kepada Pelajar yang pertama
dilontarkan oleh Dr Mahathir apabila menyatakan “
Kita lihat ada mririp-mirip ke arah itu (militan)
..seolah-olah mereka pergi ke Universiti bukan untuk
belajar tetapi ambil bahagian dalam kegiatan yang
tidak ada kaitan sama sekali dengan pelajaran” ( BH :
30 Jun 2001)
7. Ketua Penaja Puteri UMNO, Azalina Othman mendesak
Naib Canselor meletak jawatan. (BH 30 Jun 2001)
8. Tuduhan Kedua oleh Rahim Tambi Chik yang mneyatakan
“Ini adalah satu konspirasi untuk mensabotajkan majlis
simpoisum berkenaan” ( The Star 01 Julai 2001 )
9. Tuduhan disambut pula oleh Tan Sri Isa Samad secara
terang-terangan apabial mengatakan “Perbuatan mereka
yang membakar bangunan Universiti adalah satu
perbuatan terkutuk dan nampaknya ada anasir-anasir
jahat yang mempengaruhi pelajar di Universiti” (
Utusan2 Julai 2001)
10. Tuduhan seterusnya oleh Dato’ Husni Hanazlah
(Pengerusi PTPTN) yang mengatakan “PTPTN tidak
teragak-agak untuk menarik balik pinjaman peljaran
terhadap pelajar-pelajar UM yang terbukti bercanggah
dengan perjanjian pinjaman” ( The Star 02 Julai 2001)
11. Steven Doss (Persatuan Pemuda Negara Malaysia)
memebuat laporan polis berkenaan persataun pelajar
yang tidak berdaftar.
12. Kemudian, agenda dilengkapkan dengan tangkapan ke
atas aktivis pelajar tanpa bukti. Di bawah ISA.
Selain itu, terdapat jugak beberapa kemusykilan iaitu
:
a. Mengapa bahagian Kelsematan negara tidak menjaga
dan meneliti Dewan bereknaan yang dijadualkan akan
dihadiri oleh PM. Biuasanya tempat majlsi yang
melibatkan PM akan diperiksa teliti oleh Polis atau
bahagian Keselamtan Negara bagi memastikan keselamatan
PM. Ini berlaku sewaktu PM hadir ke UIA, seluruh
bangunan diperiksa dan para pengawal memenuihi dewan
dari malam hingga ke pagi. Di mana mereka dalam isu
DTC?.
Menurut sumber, kselamatn Dewan tersbeut hanya
diserahkan kepada pengawal keselmatan Universiti
sahaja. Ini terlalu pelik.
b. Mengapa pihak Bomba dan Polis amat lewat sampai ke
tempat kejadian padahal kedua-dua pejabat badan
uniform tersbuet terlamapu dekat denagn UM iaitu di
Jalan lembah Pantai berdepan dengan UM.
c. Mengapa tiba-tiba pihak Dr Mahathir dan
kuncu-kuncunya sibuk menuduh perbuatan khianat dari
pelajar sebelum apa-pa siatan terperinci bomba dan
polis dibuat?. Kemungkinan kebakaran hasil Litar
Pintas, Penggunaan Air Cond dan eletrik dewan
berterusan, sebab-sebab perniagaan iaitu mewujudkan
peluang perniagana denagn pembinaan DTC baru dan
mungkin juga kecuaian pihak-pihak tertentu.
d. Mengapa pula simpoisum yang berbau politik
tersbeut malah dipengerusikan oleh Tan Sri Rahim Tambi
Chik dan Puteri UMNO memainkan peranan yang banyak di
dalam prrogram tersebut dengan menggunakan nama UMNO
bukan kerajaan. Mengapa ianya dibenarkan di dalam
kampus?. Ianya jelas cuba mempolitikkan mahasiwa.
Justeru, saya merasakan seolah wujudnya satu bentuk
‘konspirasi’ samada untuk menjatuhkan Prof. Dato’ Dr
Anuar Zaini atau mengaitkan pelajar dengan tindakan
miIitan, rentetan tersebut laporan Polis akan dibuat
terhadap persatuan-persatuan tersebut yang kononnya
anti kerajaan.
Jika ditinjau daripada kronologi umum diatas kita akan
dapati andaian yang pelbagai. Ini agak jelas apabila
‘sesi terancang’ kelihatan bermula dengan pengeluaran
majalah varsiti palsu yang menghentam kerajaan serta
mamaparkan wajah Prof. Dr. Anuar seolah-olah menyokong
pelajar berani. Perkara ini sudah tentu dibuat sebagai
memburukkan imej Dr Anuar dan para pelajar.
Sejurus sebelum DTC dibakar beberapa kolej di UM
dilaporkan telah mendapat ‘handbill’ mengutuk
kemasukan pimpinan UMNO (Dr Mahathir) ke sana. Ini
mungkin dibuat oleh pihak tertentu bagi memudahkan
bukti mereka bahawa wujud persatuan pelajar yang
begitu benci dengan Dr Mahathir dan seterusnya
mendorong mereka membakar DTC. Selain itu, terdapat
juga khabar bahawa DTC telah digunakan sehingga jam
2.00 pagi untuk tujuan pre-majlis Simposium atau
urusan lain, malah ada juga sumber yang mempertikaikan
kelewatan pihak bomba samapi ke tempat kejadian dan
ketiadaan pengawal kerajaan di dewan pada malam itu.
Kemudian sejurus DTC terbakar, sebelum siasatan
terperinci dibuat, pelbagai tuduhan seperti diatas
keluar spontan daripada mulut pimpinan UMNO.
Suasana pelik juga timbul apabila simposium tersebut
membenarkan Penaja Puteri UMNO yang tiada apa-apa
kepentingan rasmi kerajaan masuk mempengaruhi para
pelajar malah Tan Sri Rahim Tambi Chick juga terlibat
dalam penganjuran Simposium Mahasiswa itu. Apakah
significantnya keterlibatan Tan Sri Rahim?. Malah
beliau juga dikhabarkan menginap di rumah Universiti
berhampiran DTC. Ini perlukan penjelasan.
Selain itu, saya juga mendesak agar pihak polis dan
bomba yang membuat siasatan tidak terpengaruh dengan
keghairahan Puteri UMNO atau pemimpin UMNO dalam
menuduh kononnya wujud pihak ‘pelajar anti kerajaan’
yang berkemungkinan membakar DTC. Kita tidak mahu
tekanan-tekanan politik mempengaruhi keputusan
profesional polis dan bomba.
Sebetulnya tiada pelajar yang anti kerajaan tetapi
hanya pelajar yang bencikan kezaliman tidak kiralah
dari mana-mana parti jua.
Kemungkinan lain akibat kebakaran tersebut iaitu litar
pintas, mewujudkan peluang perniagaan atau konspirasi
menjatuhkan Naib Canselor perlu diperhatikan oleh
semua.
Sekian, wassalam