Assalammualaikum wbt.
Saya amat tertarik dengan dialog ini dan telah mendengarnya di WEBRTV dan saya
amat berminat untuk memiliki VCD dialog ini sebagai hadiah untuk didengarkan
kepada keluarga saya InsyaALLAH boleh saudara memberi maklumat cara
mendapatkanya.
Saya pernah mempunyai pengalaman mengislamkan orang di kawasan saya lebih dari
seorang dan ianya menjadi satu pengalaman pahit dan manis dalam diri saya.Tanpa
bantuan ekonomi dan tempat untuk belajar ianya amat memeritkan kerana terpaksa
menanggung segala kesulitan tanpa bantuan.Apa juga yang dilakukan oleh sedara
baru adalah menjadi satu fitnah kembali bagi diri kita dan ini amat
mengecewakan.Disini saya ingin mencadangkan kepada parti PAS sebagai Wadah
Perjuangan Islam kita supaya berusaha menyediakan dana dan tempat perlindungan
bagi saudara - saudari kita ini dari seluruh Malaysia hatta dunia dan
InsyaALLAH Terengganu sebagi pusatnya(setelah setiap negeri kita merdekakan)
sebagaimana Vatican di Itali sebagai pusat untuk Kristian.Tempat ini khas untuk
mereka tinggal dan mendalami Islam secara percuma kerana pengharapan usaha ini
akan dipikul oleh Perkim dan kerajaan yang ada sekarang adalah amat
mengecewakan.
Pas sebagai satu Wadah Perjuangan Islam banyak dicela dan difitnah kerana hanya
pandai beromong-omong kosong tanpa usaha untuk perubahan(Maafkan saya jika
tersilap)tetapi itu yang saya rasa kerana maklumat yang tidak sampai.Ayuh inilah
peluang kita dengan memberi perlindungan dan membimbing saudara-saudari baru
kita ini.Jika telah ada usaha ini sampaikan maklumat ini kepada saya InsyaALLAH
saya akan memberi bantuan semampu yang terdaya dari segi ekonomi dan tenaga.
JazakaALLAH