Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


RTM1 tidak hormati Al Quran

Pada pagi ini 10-06-2001 saya seperti biasa telah telah membuka rancangan bacaan Al Quran pada permulaan rancangan TV1 dimana ayat mengenai jenis kematian binatang yang dianggap sebagai bangkai dan haram dimakan sedang dibacakan dan terjemahan di dalam Bahasa Melayu disertakan iaitu haram memakan binatang yang mati tanpa disembelih dengan sempurna sembelihannya tidak sempurna (maaf saya tidak tahu bacaan tersebut dari surah mana) bila tiba-tiba berlaku gangguan teknikal (yang pada pendapat saya disengajakan) dan digantikan dengan gambar seorang penyanyi dangdutmenyanyi dengan aksi yang mengairahkan.

Saya berpendapat bacaan Al Quran tersebut dibatalkan kerana ayat yang dibaca adalah mengenai bangkai binatang yang haram dimakan dan adalah sangat berkaitan dengan isu haram atau halal sembelihan ayam KFC yang hangat dibincangkan pada masa ini. Adakah ini menunjukkan bahawa RTM1 sanggup menyembunyikan kebenaran mengenai ayat-ayat di dalam Al Quran dan meletakkan penyanyi dangdut lebih tinggi tarafnya dari kitab suci Al Quran yang menjadi panduan umat Islam.

Saya berharap pihak penerbit RTM1 pada pagi 10-06-2001 dapat menjawab pertanyaan saya ini.

Peminat rancangan bacaan Al Quran






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com