Ini adalah kajian secara kasar menggunakan data-data yang ada berdasarkan Intisari Rancangan TV3 pada Isnin, 11 Jun, 2001 dari jam 6.30 hingga 2.30 malam. (Tidak termasuk iklan dan buletin terkini yang diselang-selikan sewaktu rancangan disiarkan)
Jikalau kita meneliti penggunaan bahasa
Bahasa Melayu - 35 %
Bahasa Cina - 10 %
Bahasa Inggeris - 50 % (TV3 nie ejen barat…tak hairanlah)
Bahasa Hindi - 5 %
Jika kita meneliti segmen-segmen yang disiarkan
Hiburan (Kartun, drama, cerita, nyanyian dsb) - 55 %
Sukan i. Gusti (merangkap hiburan) - 5 %
ii. Golf - 5 %
Dokumentari + Rencana - 5 %
Program cakap-cakap Kosong sana-sini - 10 %
Berita dan Maklumat tak tepat - 11.5 %
Iklan dan Lain-lain - 8.5 %
Rancangan berbentuk agama untuk hari ini - LANSUNG TAK ADA
Rancangan yang mungkin menyajikan adegan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak
Rancangan yang sesuai + memerlukan pengawasan - 70 %
Rancangan tidak sesuai - 30 %
Perbandingan Rancangan
Rancangan Tempatan
Rancangan Luar -
TV3 merupakan salah satu saluran media elektronik yang bakal merosakkan pemikiran dan pertumbuhan generasi akan datang di Malaysia. Ianya adalah satu saluran yang lebih mementingkan hiburan dan lebih merupakan ejen asing yang berusaha melalaikan rakyat Malaysia dengan banyak perkara yang menipu dan tidak tepat.
TV3 merupakan salah satu daripada saluran TV yang telah menjadi alat propaganda kerajaan yang hebat. Ianya juga dalam masa yang sama telah banyak mengelirukan masyarakat dengan fakta-fakta, maklumat-maklumat dan rancangan yang tidak membina kearah integrasi nasional secara jangkapanjang.
TV3 sememangnya telah menggalakkan program-program yang ganas seperti bergaduh, adegan tembak-menembak, bertumbuk, dedah sana dan dedah sini disamping menyembunyikan fakta-fakta yang benar. TV3 juga lebih menampilkan rancangan barat adalah yang terbaik dengan menampilkan banyak rancangan-rancangan dari barat yang tidak bersesuaian dengan tatasusila orang-orang timur. Cuba perhatikan peratusan dari pembahagian segmen pada 11 Jun, didapati tidak ada satupun rancangan yang bercorak keagamaan, walaupun semua maklum bahawa Agama Rasmi adalah agama Islam.
TV3 juga tidak langsung mengendahkan rancangan yang lebih berbentuk ilmiah. Kalau diteliti semua rancangan yang berbentuk ilmiah adalah dalam bentuk documentari sahaja. Kerja yang TV3 ada adalah melalaikan masyarakat Malaysia.
Rancangan yang tidak relevan juga banyak ditayangkan. Golf umpamanya tidak relevan dengan masyarakat Malaysia secara umumnya. Hanya segelintir kecil Masyarakat di Malaysia yang mampu bermain golf, ianya adalah tidak rasional ditayangkan. Begitu juga dengan WWF SmackDown menunjukkan "laga orang" secara tidak langsung.
Walau apapun yang akan dilakukan oleh TV3 tidak akan berjaya kerana TV3 merupakan saluran yang tidak berada dilandasan yang Hak. Teruskan pemboikotan TV3 sehingga ianya 'bangkrup" sebagaimana yang berlaku kepada satu stesen TV tidak lama dahulu.
Kita perlu targetkan satu dahulu saluran. Kepada makcik - pakcik di kampung dan dibandar. Kalau ada nak tengok TV , jangan sesekali bukak TV3. Kerana daripada rumusan yang kita dapat dari intisari TV3 yang ada sekarang ini adalah
i. TV3 banyak menyembunyikan fakta yang ADIL dan BENAR
ii. TV3 banyak menyiarkan rancangan yang melalaikan masyarakat
iii. TV3 tidak mempunyai rancangan yang berunsur mendidik masyarakat kearah kebaikan
iv. TV3 mengamalkan pemilihan rancangan yang tidak terbuka
v. TV3 merupakan ejen barat kerana banyak menyiarkan rancangan-rancangan yang tidak sesuai dengan adab ketimuran
vi. TV3 banyak menyiarkan rancangan-rancangan kanak-kanak meleka dan melalaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar diperingkat sekolah rendah dan menengah
vii. TV3 banyak menampilkan pengacara dan pembaca berita yang tidak menutup aurat dan seterusnya secara tidak lansung telah menunjukkan contoh personaliti Islam yang SALAH kepada bukan Islam.
viii. TV3 banyak menampilkan artis yang tidak dapat memberikan contoh kepada masyarakat
ix. TV3 lebih menyokong artis dari ilmuan dan agamawan.
x. TV3 lebih menyiarkan rancangan yang lebih sesuai untuk golongan atas seperti rancangan Nona yang menampilkan rumah dan hiasan orang kaya-kaya atau rancangan GOLF yang tiada kaitan dengan rakyat bawahan, atau rancangan yang pergi melancong ke luar negara
xi. TV3 lebih mendewa-dewa dan melebihi pelancong asing daripada rakyat tempatan.
xii. Pemberita TV3 lebih bersikap provokasi kerajaan yang JELAS dan Menonjol
xiii. TV3 banyak menyiarkan iklan yang mempergunakan WANITA dan PEREMPUAN secara berleluasa dan secara tidak berMORAL
xiv. TV3 banyak menampilkan rancangan bergaduh, bertumbuk, menumpahkan darah dan sebagainya yang tidak sesuai dengan perikemanusiaan yang ada
xv. TV3 tidak berani mengata berita itu benar jika ianya adalah BENAR dan tidak berani menyatakan berita itu palsu jika ianya adalah PALSU
xvi. TV3 tidak dapat membezakan yang mana berita yang berfaedah dan penting kepada masyarakat
xvii. TV3 tidak menghormati hak beragama rakyat Malaysia terutama bagi yang beragama Islam.
xviii. TV3 tidak peka soal HALAL dan HARAM kerana banyak menampilkan perkara yang HARAM dalam rancangannya seperti rancangan semalam (10 Jun, 2001 dari jam 5.00 hingga 6.00 petang - the latest) menampilkan masakan BABI walaupun tidak diterjemahkan . (saya bukan cina tapi saya boleh baca cina sikit-sikit!!!)
xix. TV3 tidak memulakan dengan perkara yang baik dan juga mengakhirinya dengan perkara yang baik
xx. TV3 tidak patriotik kerana tidak menghormati Malaysia kerana Tidak ada lagu NEGARAKU
xxi. Bla..bla..bla…
Oleh itu kembalilah semua kepada matlamat kita yang asal. BOIKOT TV3…
BOIKOT TV3…BOIKOT TV3…
Atau sebagai alternatifnya kita pakat-pakat kumpul satu tabung untuk membeli saham MRCB ataupun TV3, dapat 51 % sudah cukup bagus sebelum PEMILU 2004 atau lebih awal.
Kita kasi ajar sama TV3.
Anak_Adam