Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Keadilan untuk semua

Assalamualaikum ..dan salam sejahtera diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan KeADILan.Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kerana masih Allah masih mengurniakan kepada kita kesempatan untuk hidup.

Namun begitu,hidup ini tidak selalunya indah.Begitulah yang terjadi kepada empat orang pahlawan kita yang kini ditahan di bawah akta Ikut Suruhan Aku.Hanya keazaman dan doa dapat kita hulurkan,mudaha-mudahan mereka berjaya menempuh rintangan mencabar itu.

Apa yang dikesalkan ialah hingga ke hari ini,pihak berkuasa masih gagal membuktikan bahawa kesemua yang ditahan ada pakatan melancarkan demonstrasi ganas.Manakah yang dikatakan pelancar roket..?Dimanakah laras senjata ..yang dikatakan ada.

Tunjukkan kepada kami,rakyat semua.Jika kamu pihak yang mendakwa berasa diri berada dipihak yang benar.Silalah kemukakan dakwaan.Janganlah sekadar pandai berkata-kata,tapi hakikatnya semuanya kosong belaka.

Ya Allah Ya Tuhanku..selamatkan Saudara Ezam,Saudara Hishamuddin,Suadara Saari dan Saudara Tian Chua.Hanyalah Engkaulah Yang Maha Mengetahui,betapa kami amat rindukan kepimpinan orang-orang yang seperti mereka.

Kepada-Mu kami berserah,Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami bagi meneruskan kesinambungan perjuangan pahlawan-pahalawan kami.Bersama rahmat-Mu kami pohonkan,tunjukkan kebenaran dan KeADILan kepada mereka yang menzalimi saudara kami.

Lawan Tetap Lawan!!!!
Reformasi..!!!!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com