Saya mempunyai maklumat yang sangat berguna kepada pihak KDN dan PDrM berkaitan dengan empat orang aktivis yang ditahan dibawah akta ISA. Saya mempunyai bukti yang kukuh bahawa mereka berniat menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.
EZAM MOHD NOR: Selain dari mengadakan lima siri pertemuan sulit dengan gerakan pemisah luar negara termasuk di London. Ezam juga mengadakan pertemuan sulit dengan Bekas Presiden US dan Perdana Menteri Britain. Presiden Bill Clinton berjanji untuk menyediakan 5 satelit ketenteraan milik Pentagon dan Clinton juga dipercayai telah mengadakan perbincangan dengan pihak CIA dan FBI. Sebagai balasan Ezam hendaklah membantu US membawa Mahathir ke US. Clinton memerlukan Mahathir bagi menjatuhkah sistem Mahkamah US kerana telah memalukan Clinton. Ezam juga dikhabarkan cuba meminta bantuan gerila dari Indonesia tetapi permintaannya tidak dilayan kerana gerila Indonesia pun sibuk dengan urusan politik dalaman. Ezam dikatakan tidak mepercayai untuk meminta bantuan puak pemisah Patani kerana mereka ini gergaji dua mata, siap bayar lebih dia lah tuannya. Lebih gemparkan lagi, menurut sumber-sumber yang rapat dengan Tun Daim, beliau juga dipercaya telah menyalurkan berbilion ringgit kepada Gerakan Reformasi bagi menjatuhkan Mahathir. Daim juga menjanjikan sebuat jet peribadi yang lebih mahal berbandig Global Express kepada saudara Ezam.
TIAN CHUA: Dipercayai Tian Chua melalui tunangnya telah mengupah stuntman terkemuka, Jackie Chan untuk mengenakan tindakan ala militan terhadap Mahathir. Jackie Chan dijangka menggunakan Datuk Michelle Yeoh untuk mengoda Mahathir.
SHAARI SUNGIB: Menurut maklumat dari Afghanistan, Shaari Sungib telah dilihat bersama OSAMA BIN LADEN. Dipercayaai Shaari telah meminta bantuan kewangan dan ketenteraan dari jutawan Arab tersebut. Sebagai balasan Shaari hendaklah memastikan bahawa OSAMA diberi kerakyatan Malaysia sekiranya Barisan Alternatif berjaya menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional secara militan. OSAMA juga difahamkan meminta agar diberi jawatan dalam kementerian Pertahanan.
HISHAMUDDIN RAIS: Baru-baru ini sebelum ditangkap, Hishamuddin sempat menghantar email kepada kawan-kawan gengsternya semasa di Labenon. Kami berjaya memintas email tersebut. Hishamuddin dipercayai cuba meminta bantuan HAMAS dan mungkin juga SAVAK atau MOSSAD. Dipercayai juga pelancar roket yang ditemui oleh Tuan Haji Norian Mamai dibawa masuk melalui agen Hishamuddin di Labenon. Menurut rakan-rakan seni Hishamuddin, seminggu sebelum ditangkap, Hishamuddin begitu resah kerana selaras M16 dan beberapa butir BOM buatan sendiri dan bahan-bahan kimia yang sepatutnya tiba telah hilang di Pelabuhan Kelang. Baru-baru ini pihak polis berjaya mengesan selaras M16 dan beberapa butir bom di kawasan perumahan di Puchong. Rupa-rupanya senjata itu dirampas oleh kumpulan perompak bank berijazah.
Berdasarkan bukti-bukti kukuh ini, kerajaan perlulah memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat, Britain, China dan Afghanistan. Dengan maklumat yang sedia ada pihak Polis tidak perlulah membawa tahanan ISA ini kemuka pengadilan. Kerana terlalu banyak sangat bukti sehingga pihak PDrM sukar nak pilih bukti yang sesuai. Jadi untuk senang cerita dengan BUKTI KUKUH ini maka tak perlulah tertuduh dibicara. Tahanlah selama mana Mahathir suka dan Pak Lah setuju. Saya juga menyokong supaya dihapuskan sistem Mahkamah kerana ianya melibat kos yang tinggi. Adalah lebih sesuai setiap pesalah tidak kira kes apa jika PDrM mempunyai bukti yang kukuh, hantar sahaja ke Kemunting.
AnakGanu