Oleh: asshafi
Pengisytiharan Langkawi sebagai Bandaraya Pelancongan sebenarnya tidak membawa
banyak erti jika dilihat perkembangannya dari beberapa aspek.Mungkin
pengisytiharan ini dapat menarik ramai pelancong luar mahupun dalam untuk
mengunjunginya namun kemelut sebenar masyarakat Langkawi tidak dapat dibendung
bilamana melihat corak hidup,budaya,perkembangan pendidikan,dan taraf
sosioekonomi.Rata-rata melibatkan masyarakat Melayu.Tidak dinafikan UMNO banyak
menyumbang untuk MEMBELA Melayu di sini dengan menyumbang pembangunan mini
tar,balai raya,tabika KEMAS,surau dan berbagai peruntukan lagi (sebenarnya wang
kerajaan).
Hakikatnya pembangunan minda dan rohani masyarakat Melayu terutamanya generasi
baru terumbang-ambing akibat ledakan pengaruh pelbagai budaya yang meresap ke
Langkawi bersama pelancong asing.
Ramai tidak tahu kerana dirahsiakan,Langkawi merupakan daerah tertinggi catatan
di Kedah pembawa/ pengidap HIV dan Aids.Apalagi statusnya sebagai kawasan hitam
najis dadah.
Bebas cukai bukanlah beerti andai membawa dan mendedahkan masyarakat dengan
budaya arak.Minuman keras boleh didapati di mana-mana hatta kedai runcit
sekalipun.Penjualan yang berleluasa dan terbuka ini sudah pasti menjerumuskan
kalangan remaja dengan budaya mabuk.Malahan tin-tin minuman keras boleh dijumpai
di tepi-tepi jalan atau pantai sepertimana tin-tin minuman yang lain.
Amat menyedihkan lagi,di kedai-kedai atau pasaraya kalangan yang menjual
(terpaksa) adalah terdiri dari kalangan orang Melayu yang pastinya Islam.Lebih
meyayat hati bilamana mengunjungi Pantai Cenang,pondok menjual minuman keras
terdapat di tepi pantai yang rata-rata dikunjungi ramai masyarakat
Melayu.Pelancong termasuk orang Melayu bebas meneguk minuman haram
ini.Penjualnya juga orang Melayu yang tidak seperti Melayu lagi!
Budaya bobrok ini semakin membarah dalam masyarakat Melayu terutamanya generasi
muda yang bakal mewarisi perjuangan masa akan datang.Judi seakan-akan menjadi
kebiasaan dan kemegahan.Kedai-kedai judi dipenuhi rata-rata Melayu hinggakan
sanggup berbaris panjang bagi membeli nombor.Perbualan terbuka tentang judi dan
meraikan kemenangan hasil haram ini menjadi kebanggaan dan kemegahan.
Memanglah ini sesuatu yang biasa dalam masyarakat hari ini.Melayu tidak seperti
dulu lagi.Namun dilihat dari perkembangan dan kemajuan yang dibawa mampukah kita
menyerahkan kepada kekuatan iman semata-mata untuk menjauhi dan mengatasi
kemungkaran yang makin berkembang.Sampai suatu masa nanti semua kita akan
terlibat sama dalam kemaksiatan ini dan tidak dapat untuk mengelak lagi.Sudah
tiba masanya kita bertindak.Andai ranting-ranting pokok sudah rosak dimakan
ulat,usahlah kita menghabiskan masa mencantas ranting-ranting itu.Tebang saja
pokoknya.
Bukan mencari salah mana-mana pihak.Sekadar renungan.
--