Assalamualaikum,
(1)Jam 5.00petang Bukit Damansara
Buat tatapan penjuang rakyat DSAI,apa khabar sekarang,walaupun Awedonde tahu berita ini belum tentu sampai kepada DSAI namun sebagai seorang insan yang dahagakan keAdilan demi amat bersetuju meruntuhkan kezaliman sebentar tadi Awedonde melintasi "pondok" DSAI demi tugas,kelihatan bendera berkibar amat lesu sekali,mungkin angin petang begitu perlahan sehinggakan terjadi demikian.
Entah apa yang difikirkan oleh penghuni sekelian Awedonde tidak pasti tetapi telinga ini semacam terdengar-dengar laungan keramat itu.Wahai rakyat Tranung dan Kelante yang masih bangga dengan parti ANDA itu,beginikah rumah pemimpin yang anda semua sayangi suatu ketika dulu?
Awedonde teramat rasa hiba sekali,seorang ex-tpm begini keadaan "pondoknya" yang mana suatu ketika berada disinggahsana menjadi tempat keluar masuk rakyat jelata dan pemuja-pemuja yang ada udang di sebalik batu...Awedonde tiada punya apa-apa tetapi disini Awedonde hendak sampaikan untuk tatapan rakyat jelata khasnya untuk penyokong Amno Tranung dan Kelante.
(2) YB Roysik Ngoh
Wah betapa hebatnya mung memberi hujah-hujah ketika perhimpunan baru-baru ini.Begitu "bernas" sekali jika penyokong-penyokong mung dengor tetapi aku nak tanya siapa ulamak jahat itu?Jangan bercakap ikut sedap mulut sahaja.Atau maksud mung ulamak jahat yang tidak tahu kelepet pitis rakyat tu ker?Aku nak khabarr ke mung,cakat dalam tv bulehlah...atau depang orang bodoh bolehlah terutama yang boleh dibeli dengan kain pelikat selai untuk pakai lima tahun tu.Atau berah supit makan untuk lima tahun ke?Aku nak tanya lagi pasal pemilu 99 kenapa orang tak pakoh Ustaz Hj Baharuddin untuk calun Manir tu.Kenapa orang pakoh Ustaz Dr Hj Haru Taib yang asyik ke hulu ke hilir dengan piah lembek tu dan tidak lekang ketika naik kereta buruk yang murah dengan senyuman sambil melambai tangan tidak kira orang Amno,Pas atau penyokong atas pagar.Aku nasib baik tidak termuntah ketika melihat dari kaca tv yang berharga ratuh-ratuh tu,kalau dua posen aku akan ketuk dengan hammer.Mungkin jika,mak Awedonde yang bodoh tidak tahu membaca dan menulis itu pun boleh membezakan yang mana baik dan sebaliknya.
(3)Sokongan
Disini Awedonde hendak bertanya siapa ex-MB atau MB sekarang paling kayaraya.TG NIK AZIZ dan TG HADI,antara kedua itu yang manakah paling kaya?Semalam Awedonde bersembang pasal Tranung dengan seorang teman bukan rakyat di sana,mengatakan Tranung tiada apa-apa pun meriah hidup rakyatnya lalu Awedonde bertanya balik,banyak ker U jumpa keratan tangan dan kaki di sungai Tranung.Terdiam sejenak beliau...dan geleng kepala.Selama ini beliau hanya melihat dari kaca tv sahaja tanpa melihat dengan mata kepala sendiri.Begitu dangkal sekali sekira seseorang itu berhujah dengan "Keng" sahaja wahai YB!
(4)Ziarah
Wahai YB mung dak gi ziarah ke tempat bekas pemimpin kamu tu.Lain kali sebelum balik ke kampung pergi melawat terlebih dahulu,sebagai modal untuk berceramah di Tranung.Jangan duk dengor orang cerita sahaja,tak jadi lagu tu YB ooii...zaman sekarang bukan macam dulu orang mencari maklumat dari berbagai sumber tidak mengharap dari UM dan BH sahaja gunakan kepakaran dalam bidang IT.Awedonde sendiri pun belajar tanpa guru khas kerana takut ketinggalan zaman.Awedonde nak pesan,kawasan Yb itu lengkap dengan kemudahan IT baru hidup "MELAYU".
(5)Sifat Melayu
Perkara ini Awedonde nak habaq mai,berlaku ke atas famili Awedonde sendiri,ketika lahir putera pertama Awedonde mampu memilki transport yang paling kecil di Malaysia.Sesudah lahir puteri kedua dimurahkan rezeki oleh Allah Awedonde tukarkan yang besar sedikit,jiran-jiran luas biji mata tengok kerja tidak setara mana (Awedonde bukan berpangkat)berbanding dengan anak-anak mereka tetapi kerana PHDnya (perangai hasad dengki Melayu)digores-gores benda yang tidak berdosa itu.Di sini Awedonde nak bertanya begitukah sikap Melayu boleh?Kita mencari wang sepanjang hari untuk keselesaan famili sendiri,begini manusia tergamak mengkhianati,lain hari jangan di gores tetapi di bakar terus senang kita hendak buat tuntutan insurans,tiada maksud Awedonde hendak mencabar tetapi begitulah realitinya.Satu lagi sifat Melayu boleh walaupun tiada kebolehan,semasa kita bertanya tuan,bolehkah tuan membaiki acon kereta saya?Jawabnya boleh,tetapi lain di suruh lain di buat,depa tukaq minyak injin dan oil filter yang kita suruh tidak dibuat beginikah sifat melayu boleh?
Tepuk dada fikir sendiri.Sekian
Awedonde(Senantiasa berdonde)