1000 hari yang lepas, seorang pemimpin berjiwa
rakyat- telah ditangkap, dilokap, dibelasah sehingga
pengsan dan hanya sedar keesokan harinya, 18 hari
sebelum itu, beliau telah dipecat dari jawatannya
sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,
bukan hanya dipecat bahkan beliau dan keluaga difitnah
dan diaibkan dengan apa yang disifatkannya sebagai
"tidak pernah didalam sejarah melayu sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka seorang pemimpin difitnah
seteruk ini". Sejak 1000 hari yang lepas, beliau
mengharungi liku liku hidup seorang pejuang dari balik
tabir besi, beliau sesungguhnya seorang yang
dilahirkan untuk memimpin- tembok besar tidak mampu
mematahkan semangat, azam dan tekad beliau. Dari balik
tembok itulah- beliau bertempur dengan pemerintah
zalim Mahathir dan kabinetnya.
1000 hari yang lepas- rakyat dari berbagai lapis
masyarakat telah bangun bersama beliau melaungkan
reformasi dan perubahan untuk Malaysia yang lebih
adil. Kebangkitan rakyat yang terbesar dalam sejarah
moden Malaysia, petang sebelum beliau ditahan- lebih
100 ribu rakyat bersama beliau diMasjid Negara dan
Dataran Merdeka, sejak malam itulah- sejak rumahnya
dicerobah oleh peguasa dayus yang diarah untuk
menangkap beliau, beliau terus menerus disiksa dengan
berbagai siksaan. Walau sejuta simpati kita- namun
hanya beliau yang menangung 'pedih'nya. Keluaganya
terpaksa berjuang demi kebebasan beliau- isterinya
terpaksa ke sini dan ke sana membela suami tercinta,
anak anak beliau berterusan membantu ibu membela ayah
tercinta yang ditakdirkan seorang pejuang yang
dipenjara kerana teguh iktikad perjuangan beliau.
Digari tangan, ditutup mata dan kemudiannya dibelasah
oleh bekas KPN- ditinggalkan berhari hari didalam
lokap tanpa dirawat, darah suci seorang pejuang
membasahi lokap tahanan diBukit Aman. Dibogelkan
dihadapan seorang Dr wanita, disyaki keracunan
arsenik, dan sekarang menderita sakit belakang
lantaran perbuatan bacul seorang Ketua Polis negara.
Beliau terus tabah dan tabahnya beliau sehingga kita
tidak pun menyedari bahawa 16 Jun 2001 ini genaplah
1000 hari beliau dikurung sendirian.
Bukan kepalang orang yang punya semangat seperti
beliau, dan sudah tentulah manusia begini menjadi obor
kepada manusia yang lain didalam perjuangan dan
pertarungan antara yang haq dan yang batil. Beliau
sanggup dipecat lantaran mahu meyelamatkan wang
rakyat, beliau sanggup dipenjara kerana idealismanya,
beliau derita dan sengsara sebenarnya- namun beliau
hadapi dengan tenang dan sabar- tiada sebarang
keluhan, letika ditemubual secara bertulis oleh semua
majalah asing- beliau mengatakan yang beliau tidak
mahu mengeluh kerana beliau masih mampu bertahan
dengan segala bentuk siksaan yang beliau hadapi.
Seorang pegawai penjara memberitahu Ezam Mohd Nor-
bagaimana DSAI yang dikurung sendirian dibangunan yang
boleh menempatkan 250 banduan terpaksa memasang
perangkap tikus setiap malam sebelum tidur- kerana
gangguan tikus lantaran bangunan yang besar namun
penghuninya hanyalah seorang.
Tiba tiba saya teringat kata kata ezam yang sekarang
'bercuti' di Kemunting, "tempoh Anwar dipenjara bukan
tempoh mereka (mahathir), tempoh Anwar adalah tempoh
kita, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun Anwar dipenjara bukan
tempoh mereka tetapi kitalah! kitalah yang akan
membuka pintu (penjara) untuk beliau keluar, bukan
mereka" kerana itulah barangkali, kita harus
tinbgkatkan kesedaran rakyat, kita harus berjuang
secara berterusan, kita harus rapatkan barisan, andai
kita mahu cepat Datuk Seri Anwar dibebaskan, selagi
Mahathir berkuasa percayalah DSAI akan terus dizalimi
dari hari ke hari. Dan lebih malang dari itu, rakyat
dirompak dan dirompak, wang rakyat yang disimpan di
dana dana awam, diKWSP, EPF, Tabung Haji dan banyak
lagi dipunggah untuk meyelamatkan dua tiga kerat
peniaga elit yang rapat dengan pemerintah. Rakyat yang
bangun menyoal didiamkan dengan segala bentuk undang
undang yang ada termasuk ISA. Dengan gaya biasa
seorang diktator- penentangnya akan dituduh cuba
menganggu keamanan dan kedamaian negara, cuba
mencetuskan huru hara wahal kerana politik sempit dan
ketidakmampuan sang diktator membalas serangan
terhadap gaya boros dan penindasan beliau terhadap
rakyat marhean.
Sempena 1000 hari DSAI dipenjara- marilah kita
hayati semula roh perjuagan suci beliau, kita teliti
dan pelajari azam dan tekad beliau, kita susuri
langkah langkah beliau, kita berjuang bukan sahaja
untuk kebebasan beliau tetapi juga untuk kebebasan
Malaysia ini dan sekelian rakyat dari terus
'terkurung' 1000 hari lagi didalam kuasa pemerintahan
seorang diktator tua yang kejam lagi zalim. Hanya kita
yang mampu merubah Malaysia ini dan memang menjadi
tanggungjawab kita pun sebagai rakyat Malaysia
mebebaskan Malaysia dari kediktatoran Mahathir. Semoga
kita tidak menunggu 1000 hari lagi untuk
membebaskannya kerana 1000 hari lagi terlalu lama
untuk ditunggu dan terlalu banyak 'kesakitan' yang
kita akan tempuh. Marilah bersama tamatkan segera
tirani ini. 1000 hari lagi hanya akan meyebabkan
lebaih banyak wang rakyat dirompak, 1000 hari lagi
hanya menambah sengsara jutaan rakyat yang inginkan
sebuah kehidupan yang aman dibawah pemerintahan yang
adil dan saksama.
-irzaimi-
15.06.01