Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Soalan Biduanda

Assalamualaikum Tuan Webmaster LR,

Disini ada beberapa soalan terbuka untuk di tujukan kepada "Menteri Undang Undang BN' Dr. Rais Yatim yang cuma pandai bermain dengan perbilangan kata kata adat perpatih yang selama ini banyak telah di salahgunakan.Mungkin bagi orang yang diluar adat perpatih akan menanggap menteri yang seorang ini hebat namun sebenarnya dia hanya lah sebuah tong; lagi kosong lagi kuat bunyinya.

Kepada semua penggerak BA wajib bekerja lebih kuat lagi memberi penerangan seluas luasnya kepada seluruh rakyat bahawa BN wajib di tumbangkan. Kuasa rakyat lah yang akan memakukan paku terakhir pada keranda BN dan akan kita semadikan dalam liang lahat nya di pemilu 2004 nanti. Seluruh tenaga mesti di gembelingkan.

Jika kuat di letakkan di pangkal kayu
Jika cerdik teman berunding
Jika tidak, di suruh arah
Menjemput yang jauh, mengampungkan yang dekat
Jika alim hendakkan doanya
Jika kaya hendakkan emasnya
Tinggi banir tempat berlindung
Rimbun daun tempat bernaung

Semua golongan; mualim dan juhala', proleter dan marhaen, teknologis dan teknokrat, bangsawan, biduan,karyawan dan hartawan, professional dan kelas menengah, petani, buruh dan peneroka, dimana mana saja, pertempatan elit dan geto, bandar dan desa hendaklah menghentikan kezaliman yang berleluasa dengan memberi undi kepada BA. Kepada seluruh pimpinan, alim ulamak, stearing leader dan think tank jangan seharipun berlalu tanpa berbuat apa apa untuk memenangkan BA dan Barisan Rakyat.

Berdiri meninjau jarah
Duduk meraut ranjau
Ular di palu biar mati(BN)
Kayu pemalu jangan patah
Tanah di palu jangan limbang.

Saya mohon Tuan siarkan di semua halaman pro Refomasi.

Soalan kepada Dr. Rais Yatim.

s 1. Adakah pemecatan Dato' Sri Anwar Ibrahim berlunaskan bertangga naik berjinjang turun dalam UMNO.

s 2. Adakah pemecatan beliau memenuhi prinsip asas
Penghulu beraja ke muafakat
Muafakat beraja kepada Yang Benar
Benar berdiri dengan sendiri Nya
Nan dinamakan alur dan patut

Yang Benar- Allah SWT.

s.3 Adakah kepimpinan UMNO menerimapakai konsep asas demokrasi
Tumbuhnya ditanam
Tingginya di anjung
Besarnya di ampu

s.4 Adakah President UMNO menerima prinsip kritikan
Raja adil raja di sembah
Raja zalim raja di sanggah.

Kok godang jangan melanda
Kok cerdik jangan menipu

s.5 Benarkah UMNO masih muafakat dalam membuat keputusan
Waris di jawat
Pusaka di tolong
Kok kecil di besarkan
Kok kosong di perisikan
dan
Genggam nan beruntuk

s.6 Adakah hujah Dato' Sri Anwar Ibrahin sebelum
beliau di pecat
melanggar batas
Luhak berpenghulu
Rantau beraja
Kampung bertua
Rumah bertungganai
Berjinjang naik
Bertangga turun

Bukankan beliau telah membuat pembetulan semampu beliau

Melawam Tok guru dengan ilmunya
Melawan Penghulu dengan adatnya


s.7 Sedarkah President UMNO tanggungjawab sebagai ketua

Bak pohon rendang de tengah padang
Batangnya untuk bersandar
Dahannya untuk bergantung
Buah nya untuk di makan
Daunnya untuk berlindung

sedarkah President UMNO

Kalau keruh air di hulu
sampai ke muara keruh jua
dan
Kok malu membangkitkan
haus memberi air
kok litak memberi nasi
hilang mencari
sakit mengubat, mati menanam


s.8 Sedar kah Tuan keadilan tidak harus dipandang remeh dan terabai

Di anjak layu
Di cabut mati


s.9 Bukankah President UMNO terlalu emosi dalam membuat keputusan terhadap DSAI
Tiada lagi
Berlaut lepas
Berpandang luas


Tiada lagi Husnuz Zann.

s.10 Sedarkah Presiden UMNO semua projek mega tidak bermakna apa apa
jika dhomir kita kotor.
Jika tiada emas, boleh di cari
Jika tiada akal, di taban bumi.

s.11 Tidak kah Presiden UMNO telah gagal menerima pertentangan pendapat
Kecil bernama
Godang bergelar

Setelah saya menimbang tara jawaban terhadap semua soalan di atas sedar lah saya bahawa UMNO ini telah jadi parti yang paling bangsat, kepimpinanya telah mengizinkan penyelewengan dan salah guna kuasa dan harus di tolak seadanya

Orang beradat, tak tahukan adatnya, gugur pusakanya

akhirul qalam,

Penakik pisau si raut
Ambil galah batang lintabung
Seludang diambil jadikan nyiru
Yang setitik jadikan laut
Yang sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru


Ingatan saya kepada tuan yang pernah saya kenali; jangan hanya pandai bermain dengan kata kata tanpa mengikat diri kepada prinsip tertinggi

Agama di junjung
Adat di kendong


Jika benar Tuan amat iltizam dengan agenda untuk memertabatkan bangsa Melayu, kenapa Tuan gagal memilih beras dari antah. Tidak kah pengalaman emas Tuan itu mengatakan.

Hari panas kok tak berlindung
Hari hujan kok tak bertudung
Hari kelam kok tak bersuluh
Jalan lenggang kok tak berkawan
Berhemat sebelum habis
Sediakan payung sebelum hujan

Bukan kah Pendita Za'aba dan Buya Hamka ada berpesan

Namun didalam kebenaran
Biar di pancung leher putus
Setapak jangan engkau surut.


Sekian seadanya
Assalamualaikum

Biduando Lintau
Markas Tarbiyah Pas
Sungai Ramal Dalam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com