Jun 2001,Sekolah Kebangsaan Simpang
Lima,Sg.Besar,Selangor telah mengadakan kem motivasi
kepada pelajar tahun 4,5 dan 6. Sekolah tersebut
terletak hanya beberapa meter sahaja dari rumah MB
Selangor,K.Toyo.
Salah seorang penceramah telah menanyakan kepada
pelajar-pelajar siapakah pemimpin Malaysia yang
menjadi kebanggaan mereka. Dewan bergema kerana
secara spontan pelajar sekolah rendah itu telah
menyebut nama Tuan Guru Nik Aziz sebagai idola mereka.
Penceramah menjadi serba salah.Dia berusaha agar
jawapan lebih memihak kepada keinginan
penceramah.Penceramah memberikan contoh kepada
pelajar bahawa Malaysia mempunyai pemimpin yang
memajukan Malaysia seperti Dr.Mahatir .Dewan bergema
sekali lagi dengan bunyi boooooooo dari pelajar
sekolah tersebut.
Penceramah jadi malu dan serba salah.
Bapa Pelajar.