Assalamualaikum,
Pada Kesempatan yang luas ini saya mengambil kesempatan untuk menarik perhatian kepada semua pecinta cyber terutama kepada kami yang bergelar penuntut.Saya ingin menumpukkan terhapad suatu badan yang selama ini terlalu lantang mengkritik kerajaan Terengganu khasnya terhadap pemberian perutukan Kementerian Pendidikan kepada institiutsi pengajian dibawah kelolaan Kerajaan Terengganu.
Melalui setiausahanya Syed Anuar Syed Mohamad GPMS menyatakan tidak wajar kerajaan negeri mengambil sejumlah wang yang di hantar terus kepada pentadbir institiusi berkenaan.Dalam masa yang sama juga Syed Anuar tidak putus putus mengkritik persatuan pelajar di IPTA yang seringkali mengeluarkan pandangan yang tidak sehaluan dengan kerajaan Pusat.Yang terbaru ialah berkaitan dengan penerbitan satu siaran yang diberi nama Varsiti 2001,yang mana majalah tersebut kononya diterbitkan oleh MPMUM.Prisiden Majlis tersebut secara jelas dan tegas bahawa majalah tersebut bukanlah milik serta terbitan mereka.Namum atas keceluparan serta niat jahat GPMS ,pada masa yang sama juga Syed Anuar mendesak Kerajaan supaya menyiasat Gamis dalam hal ini.
Namum begitu apabila Puteri umno mendaftar ahli mereka di Univesiti tempatan ,GPMS kelu diam seribu bahasa.Begitu juga apabila PIBG sebuah sekolah di Marang terpaksa membatalkan Mesyuarat Agung mereka kerana pada tarikh yang sama Pegerakan Pemuda Umno Marang juga mengadakan Mesyuarat Agungnya.Ini di bimbngan AJK PIBG sekolah tersebut dikuasai oleh bukan Orang umno.Begitu juga apabila pelajar sekolah diminta menyusun kerusi dan meja kerana Dewan sekolah tersebut akan digunakan untuk Mesyuarat Agung Umno.Mana kelantangan GPMS ,mana kehebatan Syed Anuar,Mana keceluparan mereka yang kononya mempertahankan pelajar serta penuntut.Disini jelas menunjukkan sikap Double standard GPMS.Apakah GPMS juga adalah sayap kanan II selepas Dewan Pemuda,mengapa Syed Anuar tidak terus bersama Pemuda Umno supaya beliau dapat bersama Haji Sansuddin berada di pentas Umno supaya senang beliau berhujjah serta menunjukkan kehebatan beliau.Janganlah hanya nampak kuman nung disana ,tapi di sini Haji sudin yang sebesar itu menggunakan sekolah serta pelajar lantas Syed Anuar Menutup mukanya dengan telapak tangan.
Cicit Tok Ku Paloh
Cabag Tiga
http://www.parti-pas.org/terengganu