Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Lim Ah Lek patut membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR)

Lim Ah Lek patut membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menghukum mereka yang terlibat dalam cubaan untuk menyogok perwakilan MCA supaya menyokong pengambilalihan Nanyang Press Holdings oleh MCA

Kenyataan Media oleh Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng

Petaling Jaya, 23 Jun – Timbalan Presiden MCA, Datuk Lim Ah Lek patut membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menghukum mereka yang terlibat dalam cubaan untuk menyogok perwakilan MCA supaya menyokong pengambilalihan Nanyang Press Holdings oleh MCA pada Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM) pada hari Ahad. Tindakan seumpama ini adalah korup dan dikeji oleh kerana ia melibatkan cubaan untuk mempengaruhi secara tidak sah pelaksanaan tugas yang diamanahkan kepada ahli-ahli politik.

Lim memberitahu Malaysiakini bahawa dalam beberapa hari yang lepas, beliau telah menerima maklum balas daripada banyak ahli-ahli perwakilan yang mengadu bahawa “pihak-pihak tertentu” telah menawarkan janji-janji kenaikan pangkat sebagai ganjaran untuk menyatakan persetujuan mereka terhadap syor memberikan sokongan kepada pengambilalihan Nanyang Press pada EGM tersebut. Beliau berkata: “Sesetengah daripada mereka telah diberikan janji bahawa mereka akan dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri, sesetengah Ahli Dewan Undangan Negeri pula dijanjikan jawatan EXCO negeri manakala yang lainnya ditawarkan jawatan senator atau dicadangkan untuk menerima pangkat Datuk.”

Lim menambah bahawa sesetengah pemimpin parti tempatan telah ditawarkan pencalonan dalam pillihanraya umum yang akan datang, dijangka diadakan pada 2004. Menyifatkan “tawaran-tawaran” sedemikian sebagai berleluasa dan tidak wajar, beliau mengutuk pemimpin-pemimpin berkenaan kerana menyalahgunakan kuasa mereka dalam usaha untuk mempengaruhi undian penting pada hari Ahad. Hal ini mungkin memeranjatkan Timbalan Presiden MCA tersebut tetapi bukan merupakan suatu kejutan kepada mereka yang mengikut rapat budaya politk wang dalam MCA, di mana kepentingan perniagaan adalah lebih penting daripada prinsip politik.

Tuduhan-tuduhan sedemikian adalah serius kerana ia menunjukkan bahawa jawatan-jawatan dalam MCA dibeli dan dijual sebagai lembu dan bukan atas sebab bahawa mereka yang memegang jawatan adalah benar, jujur dan berprinsip. Mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan terkutuk ini mestilah dipecat dan dihukum kerana sekiranya tidak, hak komuniti Cina dari segi pendidikan bahasa ibunda, kuota dan peluang ekonomi dan pendidikan berada dalam keadaan genting akan terjejas.

Di samping siasatan BPR, komuniti Cina mempunyai hak untuk menuntut suatu penjelasan penuh daripada MCA mengenai tawar-menawar yang begitu memalukan dan mendedahkan mereka yang bertanggungjawab terhadapnya. Lim telah berkata sebelum ini bahawa MCA tidak harus berjuang menentang komuniti Cina. Jika MCA membiarkan amalan korup sedemikian dan meneruskan dengan pengambilalihan Nanyang Press tanpa mengendahkan kehendak komuniti Cina, maka komuniti Cina tidak akan mempunyai pilihan lain selain daripada terus berjuang menentang MCA.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com