Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KENYATAAN MEDIA FAC : 1000 HARI DIPENJARAKAN

OLEH : DR ABDUL RAHIM GHOUSE

Pada Sabtu 16 Jun yang lalu, jam berdetik menandakan bahawa ianya merupakan hari yang ke 1000 buat Anwar dipenjarakan. Jika beliau selesai menjalaninya, ianya tidaklah seperti 5 pertuduhan yang ditarik balik. Ketidakadilan dalam memberikan layanan keatas seorang Timbalan Perdana Menteri, bukan sahaja memalukan dan tidak disangka , oleh sebuah negara yang menjadi ahli kepada salah satu badan dunia dalam hubungan antarabangsanya. Bagaimana pun , kita seharusnya lebih menguatkan lagi daya usaha kita bagi kempen ini keperingkat antarabangsa.

1000 hari di penjarakan tidak mematahkan semangat juang Anwar bagi menegakkan keadilan dan melawan kemungkaran. Selain dari itu , ianya juga merupakan satu perjuangan yang tidak akan padam bagi membebaskan beliau. Selepas 1000 hari , semangat juang beliau adalah umpama satu sinonim kepada pergerakan demokrasi , penghormatan dan keadilan-dari rakyat Malaysia -kepada Rakyat Malaysia -untuk rakyat Malaysia keseluruhannya. Anwar Ibrahim merupakan satu simbol kepada sebuah masyarakat yang bangun menentang segala bentuk ketidakadilan kepada generasi pewaris akan datang bagi kebebasan dan keadilan.

Sesungguhnya perjuangan beliau merentasi zamannya, beliau masih dilihat sebagai seorang patriotik dalam gerakan REFORMASI di Malaysia.Walau pun menghadapi masaalah kesihatan dan ianya memperlihatkan kesungguhan rakyat yang bersimpati, bukan sahaja di negaranya malahan ianya mendapat simpatisme dari seluruh dunia.

Beliau masih lagi menghidapi masalah kesihatan tulang belakanya, yang mana mengikut nasihat Doktor pakar, dan jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan kejadian lumpuh. Harapan yang terbaik buat beliau , mengikut para Doktor pakar ialah dengan mengadakan rawatan"microsergery disectomy operation". Kerajaan Malaysia, bagaimana pun tidak membenarkan beliau melakukan pembedahan di German.

Keengganan pihak kerajaan bagi membenarkan Anwar bagi menjalankan pembedahan , hanya lah merupakan faktor politik semata.Ia lebih membicarakan sama ada Anwar boleh atau tidak ke luar negara menjalankan rawatan dan tidak lebih dari itu dan bukannya mencari jalan penyelesaian.Malahan ianya seolah-olah cuba menunjukkan Anwar tidak menghormati negara dan tidak patriotik. Segala bentuk rayuan, sokongan rakyat, pandangan peguam,doktor pakar dan sokongan SUHAKAM , masih tidak berhasil meyakinkan Kerajaan.

Kini , beliau dihantar kembali kepenjara . Dengan hanya dibekalkan ubat penahan kesakitannya, beliau tidak boleh dibiarkan dalam keadaan ini selamanya.Kesihatan Anwar semakin merosot dan ianya harus diberikan rawatan seberapa segera.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad cuba berdalih dengan isu kesihatan dan nyawa Anwar, dan ini amat membahayakan.Jika dahulu beliau beranggapan bahawa nama Anwar hanya akan bertahan selama 100 hari sahaja, ternyata ianya silap, malahan ianya merupakan satu kesilapan yang berulang kali dilakukan diabad ke 20 ini . 1000 hari selepasnya , semangat rakyat tetap tidak akan padam. Ianya masih segar dalam ingatan rakyat, bagaimana Anwar di tangkap dengan cara yang kasar,dipukul dan di penjarakan.Rakyat mula mempersoalkan keredibiliti kerajaan dengan menuduh kerajaan melakukan konspirasi menjatuhkan beliau. Kini rakyat sudah tidak lagi mempercayai apa yang kerajaan lakukan dan mula menolak pemerintah yang dianggap zalim. Lebih buruk lagi , kerajaan tidak memahami bahawa rakyat telah mulai sedar akan apa yang berlaku.

Gerakan REFORMASI rakyat bagi Demokrasi, keadilan dan kebebasan harus diteruskan.Menyedari akan hal ini , Mahathir dengan segala daya upaya yang dimilikinya, iaitu kuasa yang masih tinggal kepada nya, berjaya menyelamatkan kedudukannya.Malahan Abdullah Badawi juga pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan menggunakan ISA semasa beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, bagaimanapun Mahathir dengan sikapnya sebagai diktaktor dan menggunakan akta tinggalan penjajah ini bagi menahan seseorang tanpa perbicaraan.

Sementara itu 10 orang telah ditahan di bawah akta ISA dengan tuduhan cuba menjatuhkan kerajaan pimpinan Mahathir dengan pergerakan militan.. 6 daripadanya telah dihantar ke kem tahan di Kemunting untuk jangkamasa 2 tahun, 2 lagi dibebaskan, sementara 2 lagi menunggu keputusan mahkamah . Mahathir merasakan bahawa sesuatu yang bersangkut paut dengan Anwar Ibrahim, akan menjadikan beliau terlalu takut akan bayang-bayang sendiri dan menggunakan ISA sebagai penyelamatnya.-pengarah FAC Raja Petra Kamaruddin adalah antara yang ditahan dan dibebaskan kemudiannya.

1000 hari dalam tahanan bukan sahaja menjadikan beliau mangsa kezaliman malahan ketidakadilan keatas beliau.Kebangkitan dan semangat rakyat selepas 1000 hari Anwar ditahan, sebenarnya adalah kemuncak kepada penolakan rakyat keatas penyalahgunaan kuasa, tidak adil, bongkak dan penyalahgunaan pengurusan ekonomi.

Bahawasanya 1000 hari menyaksikan kerajaan Mahathir dipinggirkan .Rakyat dari generasi baru dari berbagai peringkat umur yang sedar akan kegagalan kerajaan, kini bangkit untuk bersuara.1000 hari akan mendatang menyasikan bahawa bermulanya langkah bagi menghentikan cengkaman Mahathir dan kerajaannya keatas kebebasan, keadilan dan keluhuran Demokrasi.

Anwar kehilangan kebebasannya 1000 hari yang lepas. Dalam pada itu , kerajaan kehilangan kepercayaan rakyatnya. Masaalahnya ialah , kerajaan Mahathir tidak mahu menerima kenyataan bahawa rakyat tidak menyukai pencabulan undang-undang tanpa perbicaraan.Kerajaan menafikan inspirasi rakyat bagi menyuarakan suara kebebasan dan menghormati hak asasi . Mereka menggunakan berbagai cara bagi pencabulan undang-undang. Dalam usaha mencapai tujuan tersebut, mereka kehilangan sokongan rakyat marhaen dan keliru bagaimana untuk mencari sokongan.

Anwar menjadi pemimpin kepada gerakan rakyat. Semangat yang dibawanya masih kukuh dalam perjuangan rakyat. Akhirnya akan menjadikan rakyat semakin kuat mendesak kepada kebebasan dan keadilan , yang pastinya akan membawa kepada kejayaan.

Kejayaan bukan sahaja akan muncul dengan kebebasan Anwar, akan tetapi kebebasan kepada negara dari cengkaman golongan atasan yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mengekalkan kuasa feudal dengan mengorbankan hak rakyat terbanyak.

Inilah yang membuatkan FAC melangkah kehadapan dalam setiap perjuangannya. Kempen Pembebasan Anwar (FAC) merupakan salah satu dari banyak kumpulan di luar sana yang akan menjana kemenangan walaupun menghadapi risiko. Penangkapan keatas akta ISA akan ditentang, dan cengkaman ke atas perjuangan kami tidak akan melunturkan semangat perjuangan walau pun harapan untuk melihat pembebasan Anwar masih jauh yang berpunca dari kebejatan pemerintahan Mahathir yang gila.

1000 hari Anwar dipenjarakan, maka 1000 hari jugalah yang akan meninggalkan Mahathir bersama menyaksikan kejatuhan kuasanya.

Terjemahan Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com