Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perhimpunan Aman Mahasiswa Membantah ISA

GERAKAN MAHASISWA MANSUHKAN ISA(GMMI)

KENYATAAN MEDIA

Perhimpunan Aman Mahasiswa Membantah ISA

Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA(GMMI) akan mengadakan satu perhimpunan aman pada hari Jumaat 8 Jun 2001, di Masjid Negara. Perhimpunan aman ini akan bermula sebaik sahaja selesai solat jumaat.

Perhimpunan aman ini diadakan sebagai tanda kesal mahasiswa terhadap kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato’Seri Dr Mahathir Mohammad yang masih secara sewenang-wenangnya menggunakan akta ISA. Suasana ini cukup membimbangkan mahasiswa kerana akan menjuruskan negara kearah pemerintahan diktator. Penangkapan ini secara jelas melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan jaminan kebebasan bersuara,berhimpun dengan aman dan mengeluarkan pendapat.

Perhimpunan ini juga bagi mendesak supaya pihak kerajaan memansuhkan akta ISA seterusnya membebaskan kesemua tahanan ISA tanpa syarat. Perkara ini harus dilakukan dengan segera oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

`Mansuhkan I.S.A’

Dari,
Syahrir bin Mahmood
(Wakil Sekretariat GMMI)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com