Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMCINO@BN LANCAR PEPERANGAN TERHADAP RAKYAT MARHAEN…???

Selama 3 hari UMCINO@BN bersidang di PWTC ….. selama 3 hari tersebut itulah puak-puak UMCINO@BN menyerang habis-habisan BA .. terutamanya PAS dan KeADILan serta GERAKAN REFORMASI…..???? Kalau Presiden Seumur Hidupnya Mahathir@Mahafiraun secara terang-terangan menyerang serta memperlekehkan orang Melayu serta pendokong BA ….dalam ucapan dasarnya … tak kurang pula perwakilan pemuda .. wanita…puteri serta wakil negeri menghentam BA terutamanya PAS … sebagai Parti Pengkhianat Agama dan Bangsa serta Negara Malaysia…sehinggakan dalam UTUSAN MELOYA edisi mingguan Malaysia .. ia menjadi tajuk utama " Parti PAS Pengkhianat " …..??? kini agenda desperado UMCINO@BN makin terserlah .. kerana mereka telah gagal mengunakan ISLAM sebagai senjata politik mereka.

1. UMCINO@BN telah mempergunakan ISLAM sebagai alat politik mereka untuk menawan kembali Kelantan dan Terengganu dari tangan PAS.

2. Ada perwakilan UMCINO@BN mencadangkan usul JIHAD terhadap PAS … dan ini telah membuktikan UMCINO@BN tidak faham apakah maksud JIHAD yang dituntut oleh ISLAM ….. dan para juak-juak UMCINO@BN perlu ingat …. Perbuatan mereka melancarkan JIHAD terhadap PAS dan BA akan memakan diri mereka sendiri ….. relakah orang UMCINO@BN berkorban nyawa dan harta untuk berjihad menentang PAS dan BA .. atau sekadar membuat provokasi murahan agar penyokong PAS dan BA akan memulakan serangan JIHAD terhadap mereka .. dan ini akan memerangkap PAS dan BA …. Sehinggakan perintah darurat di istiharkan oleh UMCINO@BN....???.

3. Apakah UMCINO@BN sedar selama ini orang Melayu yang beragama Islam telah dipinggirkan oleh UMCINO@BN … sehinggakan orang Melayu beragama Islam ini terpaksa merempat ditanah air sendiri … dan ini berbeza dengan ORANG MELAYU PILIHAN UMCINO@BN … mereka akan ditatang serta disanjung oleh para penjilat UMCINO@BN ….. dan rakyat marhaen sendiri telah membuat keputusan bahawa UMCINO@BN sudah tidak releven untuk orang Melayu yang beragama Islam.

4. Apakah Mahathir@Mahafiraun faham benar dengan naluri rakyat marhaen …. Adakah dengan menitiskan air mata pada ucapan penutup di PWTC ….. rakyat marhaen akan turut menangis … poorahh… pemimpin haprak macam Mahathir@Mahafiraun bolehlah tipu-bontan para perwakilan di PWTC …. Tapi rakyat marhaen jangan mimpilah …..buang masa dan air mata aje…. Tak de rakyat marhaen yang sudi menangisi si haprak Mahathir@Mahafiraun …..????

5. Kita boleh melihat dihari penutup perhimpunan UMCINO@BN … Si Haprak Mahathir@Mahafiraun memerangkap para perwakilan agar tunduk dan akur dengan segala titah perintahnya …. "dengan bermain sandiwara tipu bontannya " … setiap ahli UMCINO@BN wajib akur dengan arahan serta keputusan PRESIDEN PARTI … dengan Dr.Mahathir tak payah … Dr.Mahathir pandai terkilan .. tetapi PRESIDEN PARTI tak boleh terkilan … dan semua orang wajib akur dengan kata-kata PRESIDEN ….dengan gaya bersehaja .. Si Haprak Mahathir@Mahafiraun telah memasang jerangkap samarnya terhadap perwakilan di PWTC …. " Saya nak lihat sekarang siapa yang akur dan setuju dengan arahan PRESIDEN sila bangun " …. Apa lagi meloncat keralah para perwakilan lembu di PWTC .. tetapi para perwakilan ini lupa … Si Haprak Mahathir@Mahafiraun sebenarnya memerhatikan siapakan dia perwakilan yang hadir di PWTC ini bangun menyokongnya dengan ikhlas dan tidak ikhlas .. dia akan mengerling sinis untuk menilai sikap para pengampu ini…..???? Dan hasilnya 100% yang hadir dalam dewan merdeka itu bangun tanda hormat kepada arahan Si Haprak Mahathir@Mahafiraun … kini Si Haprak Mahathir@Mahafiraun sedar bahawa kuasanya untuk memperkudakan UMCINO@BN makin mencengkam … dan yang tinggal kini musuhnya adalah DSAI dan BA …. Yang lain sudah berada dalam gengaman Si Haprak Mahathir@Mahafiraun.

6. Serangan demi serangan para perwakilan UMCINO@BN terhadap PAS dan BA adalah satu kebodohan yang terserlah …. Serangan tersebut sebenarnya telah membuka pekung busuk UMCINO@BN ….. apa yang dikatakan terhadap PAS dan BA … itulah keburukan dan kelemahan UMCINO@BN ….. dan Persidangan Tepuk Amai-Amai Ke 55 UMCINO@BN di PWTC telah merealisasikan segala cita-cita Si Haprak Mahathir@Mahafiraun ….. kini UMCINO adalah Si Haprak Mahathir@Mahafiraun ….. Si Haprak Mahathir@Mahafiraun adalah UMCINO@BN …….macamlah yang di akui oleh ahli UMCINO@BN tu … dasar UMCINO@BN adalah sama dengan dasar Islam … Islam itu UMCINO@BN ….. UMCINO@BN itu adalah Islam …..?????

7. Sehingga hari ini rakyat marhaen masih menunggu USUL MELANCARKAN JIHAD TERHADAP PAS DAN BA DIENDOSKAN OLEH MT UMCINO@BN …… kita mahu melihat sejauh mana beraninya UMCINO@BN menghalalkan darah ahli PAS dan BA …. Dan sejauh mana kefahaman UMCINO@BN terhadap peranan JIHAD dalam ISLAM ….???? Rakyat marhaen akan menunggu pengistiharan rasmi JIHAD UMCINO@BN ini……?????

8. Pada persepsi Lembaga Disiplin dan Ahli UMCINO@BN … POLITIK WANG ITU BUKANLAH SEJENIS RASUAH YANG DI ENDOSKAN OLEH BPR … POLITIK WANG ADALAH senjata politik individu dalam UMCINO@BN mendapat kedudukan dalam parti usang tersebut …. Dan ia tidak menjadi satu kesalahan sivil atau syariah …. Kerana Lembaga Disiplin UMCINO@BN telah menyediakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan para pengamal POLITIK WANG ini … dan sehingga hari ini 12 orang telah diambil tindakkan dan ada lagi 400 lebih kes yang belum dibicarakan oleh Lembaga Disiplin Parti UMCINO@BN …..???? Dan Parti Usang UMCINO@BN ini dalam proses kepupusanya .. kerana POLITIK WANG BUKAN DITAKRIFKAN SEBAGAI RASUAH …… apa yang boleh dikatakan POLITIK WANG adalah budaya dan cara hidup ahli UMCINO@BN sejak dulu … kini … dan selamanya .. .tanpa POLITIK WANG UMCINO@BN sudah tidak bermakna buat ahlinya.

9. Si haprak Mahathir@Mahafiraun sebenarnya terlupa .. lagi banyak dibercakap tentang orang Melayu atau Islam …. Lagi ramai rakyat marhaen membenci dan meluat terhadapnya …..lagi dibangkitkan ISU PERKAUMAN DAN AGAMA oleh perwakilan UMCINO@BN … lagi jauh orang ISLAM dan lain-lain bangsa dengan UMCINO@BN …. Malahan kebencian rakyat dan bangsa Malaysia terhadap kepimpinan dan ahli UMCINO@BN makin menjadi-jadi …seolah-olah tiada jalan keluar bagi UMCINO@BN dalam kemelut ini …..???? yang paling lucu sekali, Ketua Puteri UMCINO@BN yang tak menutupi aurat tu …. Cik Azlina … bercerita soal AGAMA ISLAM dan pesepsi Puteri UMCINO@BN terhadap ISLAM … apakah asas dan hak Cik Azlina untuk memperkatakan tentang Islam serta mempersoalkan Islam dalam PAS ….. apakah Cik Azlina faham tentang Islam … apakah Cik Azlina akur dengan perintah dan larangan dalam Islam …. Atau sekadar untuk membodek Si Haprak Mahathir@Mahafiraun aje …..???? cermin diri dulu Cik Azlina sebelum kita memperkatakan tentang AGAMA SUCI INI…..jangan pakai hentam aje..????.

10. Ketawa juga dengan cadangan perwakilan dari YAN, Kedah … makan TELUR TIAP PAGI boleh jadi bijak … padan muka hang pa … Si Haprak Mahathir@Mahafiraun pun memperlekehkanya … biarlah kita bercakap mengikut fakta jangan ikut sedap mulut aje …. Keh…keh..keh … patutlah dalam pilihanraya umum yang lalu dia boleh kalah…..?????

11. Kalau cadangan dari Seberang Takir, Terengganu untuk mengISAkan pada ulama dan tok-tok guru yang mengajar agama Islam….???? Ia adalah satu perbuatan bodoh lagi dungu …. Dia ingat dengan ISA … agama ISLAM boleh pupus dari muka bumi ini kaaa…..??? dan ISLAM bentuk baru akan diajar kepada rakyat dan bangsa Malaysia .. ia itu MAZHAB UMCINO@BN SI HAPRAK MAHATHIRISME PHOBIA akan diwajibkan dalam pendidikan Islam di Malaysia ini …. Jangan nak bermimpi disiang hari le … kawan ……????? Langkah mayat rakyat marhaen dulu kalau UMCINO@BN nak laksanakan ISLAM ALA UMCINO@BN …….??? Itu janji rakyat dan bangsa Malaysia .. jangan nak memandai-madai ikut suka hati hang pa….!!!!!!

12. Kalau Mat Taib .. si pencuri dari Selangor tu .. bercakap soal moral dan kejujuran …. Poooraah …. Dasar pencuri yang pandai berpura-pura ….. hai Mat Taib ….. anak Sultan kamu sanggup curi untuk dikahwini …. Nie kan pulak wang berjuta-juta …. Tak payah cakap soal moral dan kejujuran …. Kamu tak masuk penjara pun sudah kira untung ….. duduk diam-diam kat rumah lagi baik ….. tak perlu orang lain nak meluat dan loya nak muntah dibuatnya.

13. Lagi bangang si Khalil … pencuri balak di pahang dan towkey pengundi hantu di sabah …. Wooi Khalil …. Apakah kuasa dan alasan kamu nak memperlekeh Islam dalam PAS dan BA …. Kalau perangai buruk tu masih jadi darah daging kamu … tak usah cerita pasal Islam lah … biarkan Mid Man aje yang cakap …. Kerana Mid Man tu ade juga sijilnya mengenai Islam ….walaupun dah tewas semasa menjadi Pegerusi Debat Olok-olok UMCINO VS PAS di Putra Jaya …..!!!!!!.

Kekosongan dan majlis tepuk amai-amai di PWTC telah membuktikan pihak UMCINO@BN sudah desperate sehinggakan soal dalam kelambupun dijadikan isu oleh perwakilan di PWTC ….kesian kat LEMBU-LEMBU yang menjadi perwakilan di PWTC tu…..???? apa ke tidaknya … mereka akan bertepuk tangan mengikut arahan …sampaikan masa orang tengah menangis (sedih) atau marah sakan … tukang tepuk amai-amai ini bukan main kuat tepuk tangan.

Kini perwakilan Lembu Pawah di PWTC telah kembali ke tempat asal masing-masing ….. mereka akan bercerita kepada semua ahli di peringkat cawangan dan bahagian .. apakah agenda parti yang telah diputuskan oleh para perwakilan di PWTC……????

a. Kena akur dan setuju dengan segala arahan PRESIDEN tanpa mempersoalkanya.

b. Kena meletakkan Agama Islam sebagai alat politik UMCINO@BN untuk meneruskan pemerintahan di Malaysia ini.

c. Kena melancarkan JIHAD terhadap PAS dan BA.

d. Kena mengimarakkan masjid .. serta gunakanya sebagai alat politik UMCINO@BN .

e. Para pemimpin tertinggi akan bergerak terus keperingkat akar umbi parti…..dan para penyokong parti perlu memberikan kerjasama bersepadu dengan pemimpin tertinggi.

f. Makan telur banyak-banyak supaya jadi bijak dan cerdik.

g. Politik Wang bukannya Rasuah … ia adalah alat politik untuk kesejahteraan ahli.

h. ISLAM ITU UMCINO …. UMCINO ITU ISLAM …… PAS ITU PARTI SYAITAN ….. SYAITAN ITU PARTI PAS…..??????

Tunggulah hari pembalasan buat UMCINO@BN …. Rakyat marhaen tidak akan memaafkan para pemimpin dan ahli UMCINO@BN sehingga hari kiamat ….. perbuatan dan salah laku anda semua telah menjadikan ISLAM itu terpinggir dan dijadikan alat politik oleh UMCINO@BN … kezaliman dan kerakusan menjadi-jadi di Malaysia ini …. Rakyat marhaen merasa tidak selamat lagi …… kerana POLIS Dan BADAN KEHAKIMAN juga telah menjadi Alat Politik kepada pemimpin UMCINO@BN …….!!!!!!!!

SILA SEBARKAN KEPADA PARA REFORMIS DAN PENDOKONG BA
" JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN, JIKA TAKUT HADAPI RISIKO"

Allah Swt Sentiasa Bersama Orang-orang Yang Beriman dan Bertaqwa Kepadanya.

Allah Hu Akbar…!!!! Allah Hu Akbar…..!!!! Allah Hu Akbar…..!!!!! Reformasi…..!!!! Reformasi……!!!! Reformasi……!!!!!

Rakyat Di Jajah UMNO@BN (RDJU) - 25/6/2001.
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com