al-kisah telah dilaporkan oleh utusan meloya pada hari isnin 11/6/2001.
Semasa merasmikan Majlis Penutup Kongres Dakwah Pemuda Kebangsaan dan pelancaran
Angkatan Muda Dakwah (Amud) di Kuala Terengganu, Pak Lah berkata pendakwah tidak
sepatutnya melibatkan perkara yang mengandungi unsur politik kepartian ketika
berdakwah untuk menyeru umat Islam kepada kebaikan.
Walau bagaimana pun, Khir Toyo pada majlis yang sama berkata "Kita akan pergi ke
negeri-negeri untuk memperbanyakkan para pendakwah termasuk untuk memberi
penjelasan, bahawa antara UMNO dan Islam tidak boleh dipisah kerana UMNO itu
Melayu dan Melayu itu Islam".
Allah maha kaya, kenyataan tidak ikhlas Pak Lah itu telah dibongkar oleh rakan
seperjuangannya sendiri iaitu Khir Toyo. Dalam pada Pak Lah menyeru
pendakwah-pendakwah supaya tidak pencampurkan politik kepartian dalam kerja
dakwah, Khir Toyo dengan semangatnya mengatakan bahawa UMNO akan menghantar
pendakwah-pendakwa ke pelusuk negara untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa
antara UMNO dan Islam tidak boleh dipisah kerana UMNO itu Melayu dan Melayu itu
Islam. Perkara yang sungguh melucukan ialah apabila Khir Toyo memecahkan
tembelang Pak Lah di depan Pak Lah sendiri kerana mereka bercakap pada majlis
yang sama. Ini menunjukkan betapa hipokritnya pemimpin-pemimpin UMNO ini. Cakap
tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap.
Saya juga ingin menyentuh kenyataan Khir Toyo tentang "antara UMNO dan Islam
tidak boleh dipisah kerana UMNO itu Melayu dan Melayu itu Islam". Adakah betul
UMNO itu melayu? Bukankah Mahathir baru saja mengumumkan yang orang cina AKAR
boleh masuk UMNO? yang secara tak langsung telah menukar nama UMNO kepada
UMCINO. Jadi adalah tidak betul jika nak dikatakan UMNO itu melayu. Dan juga
kenyataan melayu itu islam juga sudah tidak tepat kerana menurut kenyataan Dato'
Hashim Yahya mufti Wilayah Persekutuan dalam majalah wanita pada Julai 1997 dari
bulan Jun hingga Julai (tahun 1996 atau 1997 saya kurang pasti) di Wilayah
Persekutuan sahaja terdapat lebih 3000 permohonan untuk dari agama islam.
Bayangkanlah sudah berapa ramai org melayu yang murtad hari ini di seluruh
Malaysia. Khir Toyo berkata lagi "Ahli-ahli UMNO tidak harus teragak-agak dan
takut untuk mengakui bahawa UMNO adalah satu-satunya parti di negara ini yang
benar-benar memperjuangkan Islam, UMNO telah meletakkan martabat Islam pada
persada yang cukup tinggi di negara ini tetapi sumbangan itu semakin dilupakan".
Adakah jumlah beribu-ribu orang melayu yang murtad ini yang dikatakan oleh Khir
Toyo sebagai memartabatkan islam?. sehinggakan ungkapan melayu itu islam sudah
tidak relevan lagi.