Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Rasanya Modal Mamak Di Perhimpunan Agung umcino

Melihat penangkapan beberapa orang yang dituduh merompak untuk berjihad, rasanya ada agenda tersembunyi diantara umcino dan polis. Sejak tragedi menimpa Anwar Ibrahim semua maklum polis Malaysia telah hilang kredibiliti. Sebagaimana dakwaan pemimpin-pemimpin BA dan apa yang dapat dilihat dan dinilai oleh masyarakat, jelas polis telah memainkan peranan menjayakan agenda politik umcino. Sungguh mendukacita dan memalukan. Namun mereka ini tiada perasaan malu apatah lagi rasa perikemanusiaan. Kita sendiri dengar dan baca berita berkaitan dengan penangkapan pemimpin-pemimpin KeADILan dimana mereka didakwa merancang akan melakukan huru-hara dan rakyat diberitahu beberapa senjata merbahaya telah ditemui. Saya tertunggu-tunggu gambar senjata-senjata itu dipamerkan seperti yang berlaku kepada kumpulan al maunah. Tetapi yang jelas senjata-senjata itu sehingga kini tidak ditunjukkan sebaliknya 6 orang pemimpin KeADILan dihumban ke Kemunting. Ankara siapakah ini ? Jawapannya ialah ankara polis.

Kini mereka membesarkan isu rompak untuk berjihad. Agaknya berapa kerat rakyatkah yang percaya dengan dakwaan ini. Apakah mereka akan mengugut sekiranya rakyat meragui dan tidak percaya seperti yang terjadi dalam kes al maunah ?

Mereka lupa rakyat Malaysia hari ini bukan seperti masyarakat tahun 60an dan 70an. Rakyat hari ini berfikir,menilai dan akan berhujah sesama mereka bila berlaku sesuatu kes. Namun yang jelas, isu ekstrimis, keganasan,tidak toleran dari kalangan puak-puak agama yang akan dijadikan modal oleh mamak tua itu di dalam perhimpunan partinya yang akan berkubur. Kenyataan oleh salah seorang saksi dalam kes pilihanraya DUN Likas, membuat kita termenong panjang. Bayangkan badan-badan kerajaan seperti polis, KDN dan SPR boleh duduk sepakat berbincang untuk menjayakan pemalsuan dan penipuan. Sebenarnya kita tidak boleh mengharapkan badan-badan kerajaan ini untuk dijadikan tempat mengadu. Mereka seperti HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI. Kalau dilihat pada cengkaman serta peranan-peranan jahat yang dimainkan oleh badan-badan kerajaan ini, terasa perjuangan menentang kezaliman, penipuan, ketidakadilan dan penyelewengan adalah sia-sia belaka TETAPI sebagai orang Islam yang beriman dan YAKIN adalah kuasa yang mengatasi segala kuasa iaitu ALLAH. Maka kerana itu perjuangan diteruskan. Keyakinan kepada ALLAHlah yang menghiburkan hati kita dalam berdepan dengan orang-orang jahat ini.

Tugas kita ialah berjuang. ALLAH yang menentukan. Sabar itu sebahagian daripada iman.

LAWAN TETAP LAWAN

Keris Taming Sari






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com