KW amat hairan mengapa ramai dari kalangan golongan yg pro-reformasi hanya
menujukan kemarahan mereka kepada Mahathir seorang. Juga terdapat kecenderungan
untuk menonjol-nonjolkan kesalahan dan kelemahan beliau. Persoalannya, apakah
Mahathir seorang saja yang menyebabkan keadaan buruk yang kita alami sekarang
ini ? Lambat laun Mahathir akan padam. Sebelum padam mungkin beliau sempat turun
takhta atau diturunkan. Tapi jika beliau sudah tidak bergelar PM lagi, apakah
semuanya akan jadi OK ?
Pada hemat KW, BUKAN MAHATHIR SEORANG saja yang bertindak menjadi makhluk
perosak. BUKAN MAHATHIR SEORANG saja yg patut dipersalahkan. Ramai lagi orang di
sekelilingnya yang bersekongkol, membantu atau mengipas beliau. Mereka telah
menjual diri mereka kepada Mahathir sehingga Mahathir boleh dapat apa yang dia
mahu. Oleh itu, golongan reformis mesti sentiasa beringat, jika Mahathir padam
atau turun takhta, ramai lagi juruampu-juruampu yang masih berkeliaran. JANGAN
MARAHKAN MAHATHIR SEORANG kerana para klon, pengampu atau pemujanya masih ada.
Lazimnya mereka masih berteduh dalam BN.
Golongan reformis dan BA juga harus beringat dalam memilih pimpinan mereka
kerana politikus juga wujud di kalangan mereka. Teruskan pemantauan ke atas
tingkahlaku para pemimpin sama ada dalam BN atau BA. Yang salah tetap salah,
yang benar tetap benar. Gunakanlah neraca yg adil dalam menilai kesalahan atau
kebenaran. Pantaulah SEMUA pemegang kerusi DUN atau Parlimen, bukannya ramai
sangat. Kalau boleh, sediakan satu laporan tahunan prestasi setiap ahli DUN atau
Parlimen. Tak kira dari kalangan BN atau BA. Jangan biarkan kudis-kudis itu
merayap keseluruh tubuh tanahair yang tercinta ini.
Sumbangan:
Kulai Watung
14 Jun 2001