Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KERAJAAN PUSAT / WANG EHSAN = POLITIK WANG

Pemilihan telah lama selesai.Ada yang kalah dan ada yang menang.Adat bertanding.Yang kalah memang sukar utk menerima hakikat dan ada pula yang diharapkan kemenangannya olih Kepimpinan No.1 tidak menjadi kenyataan.

Maka meletuslah Isu Politik Wang yang sememangnya sudak sekian lama menular.Setelah di jalankan siasatan olih satu badan yang telah dilantik olih UMNO sendiri maka adalah keputusan yang dibatalkan dan ada pula yang dilucutkan jawatan.

Apa yang menjadi tandatanya ialah adakah orang yang kalah sebelum ini bebas daripada POLITIK WANG maka ianya diistihar pemenang.Apakah pula maksud sebenar POLITIK WANG keatas mereka yang sekadar dikenakan tindakan amaran.

Maka berulasanlah TONG GOPAL BOBOK dan mengatakan suatu tindakan yang tidak adil dan perlu di jalankan siasatan yang lebih terperinci kerana banyak lagi yang mengamalkan POLITIK WANG termasuk ntuk memenangi kerusi MT.

Pada pandangan saya POLITIK WANG adalah VIRUS yang tiada VAKSINNYA.Ini kerana Kerajaan Pusat juga mengamalkan POLITIK WANG.

Fenomena ini didasarkan dalam konteks pembahagian Wang Ehsan hasil drp rompakan Wang Royalti untuk memenangi hati rakyat dan meraih sokongan untuk Pilihanraya 2004 (akan datang) khasnya Negeri Terengganu.Alasan ini dikuatkan lagi dengan program-program pembahagian wang ehsan yang pastinya dirasmikan olih kepimpinan UMNO negeri.

Kesimpulanya gejala ini memang sukar untuk dihapuskan kerana setiap kali persoalan ditimbulkan hanya golongan BILIS shj menjadi OBJEK FOKUSAN kepimpinan manakala JERUNG nya tidak dan gejala ini juga menjadi amalan KERAJAAN PUSAT.

MENGAPA MEREKA YANG DIDAPATI BERSALAH TIDAK DIDAKWA DI MAHKAMAH,APAKAH POLITIK WANG TIDAK BEERTI RASUAH.

KULI.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com