Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Dia Lupa Bahawa Dia Seorang Yang Sangat Pelupa

Dia Lupa Bahawa Dia Seorang Yang Sangat Pelupa.Dia lupa orang Melayu tidak sehina yang disangkakannya seperti sajak penggulungannya di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC. Dia lupa atau buat-buat lupa iaitu:

Dia lupa dia telah sangat tua

Dia lupa dulu dia berjanji akan letak jawatan selepas pilihanraya dan sehingga kini terus memerintah.

Dia lupa dia telah memerintah selama 20 tahun

Dia lupa bahawa orang Melayulah yang memilih dia dahulu untuk jadi PM.

Dia lupa dia pernah mempersendakan janggut nabi dan tiada pisau cukur ‘gillette”.

Dia lupa dia pernah ejek hukum hudud dan menghalang Kelantan dan Terengganu dari melaksanakannya.

Dia lupa dia membuat konspirasi terhadap DS Anwar dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Dia lupa suatu hari nanti semua orang akan mati dan mengadap Tuhan. 9 Dia lupa bukunya ‘The Malay Dilemma’ sangat menghina Melayu.

Dia lupa Melayu telah semakin bijak dan tidak lagi makan bulat-bulat apa yang dia kata.

Dia lupa bahawa segala pembangunan negara adalah menggunakan duit rakyat

Dia lupa dia tidak berlaku adil terhadap perubatan tulang belakang DS Anwar.

Dia lupa dia pernah memecat seorang Mufti

Dia lupa dia pernah memecat seorang Hakim Negara

Dia lupa dia telah merampas wang royalti hak rakyat negeri Terengganu

Dia lupa dia pernah menghina institusi Raja Melayu.

Dia lupa dia telah melindungi orang yang buruk perangi tetapi menekan orang ikhlas, baik dan amanah.

Dia lupa dia memerintah secara kuku besi dan memuliakan orang mengampu dan mengikut sahaja kata dia.

Dia lupa setiap kejahatan itu akan kembali kepada orang yang memulakannya dengan kehendak Allah S.W.T

Dia lupa dia mencengkam perundangan negara sehingga telah dipandang rendah oleh negara lain dan rakyat.

Dia lupa sebahagian besar wakil UMNO yang menang adalah dengan bantuan undi pos dan undi hantu.

Dia lupa dan buat-buat lupa bahawa ekonomi negara dikaut oleh kroni dan anak beranaknya.

Dia lupa bahawa pembangunan dan kemajuan selama ini adalah mengikut acuan fikirannya sahaja.

Dia lupa bahawa Islam sahaja yang akan menjamin kesejahteraan hidup dan pembangunan sebenar.

Dia lupa dia telah menolak Islam dan menerima fahaman sekular dan assabiah sempit.

Dia lupa bahawa beberapa orang ahli politik telah di tahan dibawah ISA undang-undang rimba adalah zalim.

Dia lupa ibu yang menghayunkan buaian dapat menggoncangkan dunia.

Dia lupa orang yang ikhlas akan terus berjuang dan menegakkan keadilan walau apa pun yang risikonya.

Dia lupa dia pernah menghina seorang ulama dengan perkataan air jampi.

Dia lupa bahawa tiada seorang pemimpin zalim didunia ini yang terlepas daripada pengadilan rakyatnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com