Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kenyataan Khas Webmaster Laman Reformasi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalammualaikum W.w. dan Salam Reformasi.

Alhamdulillah, segala puji-pujian kepadaNYA atas keizinanNYA dapatlah kesinambungan Laman Reformasi diteruskan, kali ini di tapak WEB yang baru sesudah beberapa-kali diceroboh.

Memang tidak dinafikan kebelakangan ini wujud beberapa telahan dan tohmahan terhadap Laman Reformasi namun percayalah ianya tidak dapat mengganggu-gugat semangat perjuangan ini.Semangat juang yang telah berputik buat sekian lama Insya Allah tidak akan pudar. Saya mengharapkan sokongan dan doa daripada saudara-saudari dan teman seperjuangan sekalian. Kita lupakan sengketa dan segala perbezaan pendapat yang timbul agar kita dapat memberikan satu fokus dan penumpuan terhadap strategi perjuangan ini.

Apabila kita semua mula hilang punca dan bibit perpecahan mula timbul, maka mudahlah bagi pihak musuh untuk memporak-perandakan kita dalam keadaan kita sendiri tidak tahu yang mana LAWAN dan yang mana KAWAN. Semuga Allah swt akan memberikan taufik dan hidayah kepada insan yang menggelarkan dirinya 'LORD XIDIUS'. Ingatlah, mereka merencana dan Allah juga merencana dan ingatlah, perencanaan Allah jualah sebaik-baik perencanaan!

Saya mengucapkan ribuan terima kasih terhadap seluruh warga WEBMASTER-WEBMASTER ANGKATAN LAMAN-LAMAN PRO-REFORMASI yang banyak membantu dan memberikan sokongan terhadap Laman Reformasi ketika diceroboh tempoh hari. Harap agar dapat disebarkan URL baru Laman Reformasi iaitu http://www.mahazalim.net

Insya Allah, saya akan terus turut me'REFORMASI'kan Laman Reformasi agar ianya terus menampilkan kualiti dalam perjuangan ini bersama-sama dengan teman-teman WEBMASTER yang lain.

Salam Hurmat,
mahazalimtwo@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com