rose amaryllis
Assalamualaikum
Ikhwah Dikasihi,
Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara
terakhir selepas mayat itu
dimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang ana
nak utarakan ini pasal
musibah kematian pelajar2 kita di luar negara
khususnya di US, hatta ada
juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini
tatkala mereka datang
untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,
ditakdirkan Allah mereka
meninggal di Amerika.
Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah
pusara kita. Kita
ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke
tempat lain, misalan
kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini.
Mayat diterbangkan beribu
batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu
tersimpan berhari2 di rumah
mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Hatta
jika orang Kelantan yang
meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk
dikebumikan di KB, itu pun
sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.
Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat
sebenarnya. Kita nak
ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya
kasih kita padanya.
Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan
mengkebumikan dia di
tempat dia meninggal (US lah!). Itulah kasih
sebenarnya, hatta mayat itu
kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya
supaya jangan bawa dia
pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat
dia meninggal.
Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat,
hatta pada saat kematian
pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah.
Menyeggerakan pengkebumian adalah perintah Allah
dan dikuburkan ditempat
kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu
selalunya bersifat
sentimental tidak kena tempat. Mengapakah mesti
kita bawa dia (mayat)
pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik
Allah dalam erti yang
sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah
dipanggil oleh Allah,
maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan
kesihan padanya supaya
jangan melanggar perintah Allah.
Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada
mayat yang belum
dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar
kerajaan US ini bila mayat itu
nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los
Angeles, maka mayat itu
akan disedut segala cecair dalamannya. Peraturan
penerbangan Amerika (dia
kapir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu
menaiki pesawat, maka segala
cecair dalam tubuh mayat termasuk otak simayat akan
disedut supaya
memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on
medical ground). Lepas itu
dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat.
Tidakkah ini suatu siksa
pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam
tubuhnya itu adalah
sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu
dikebumikan bersama jasad,
tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan.
Alangkah malangnya.
Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang
mahu mayat itu dibawa
pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang
angkutan? Kalau ini disebabkan
kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini
perlu difahami dengan
sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat
itu dikebumikan di US,
bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita
selamat, malah yang lebih
penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan
dia tidak perlu disedut
apa2. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka
beginilah jadinya
dan akibatnya.
Ada waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di
Mekah, tidak mengapalah
dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!".
Kita kena faham,
kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di
mana kubur itu terletak.
Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur
adalah tergantung kepada
taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di
Mekah sekalipun kalau
hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh
dijadikan pelindung.
Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada
ahli2 waris disaat2
mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga,
maka di saat beginilah
mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau
pasal nak mati di Mekah,
bukan main berazam lagi. Memang tidak salah,
tetapi kita kena ingat walau
mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi
salah satu dari Taman2
Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah
bergantung,
insaya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup
mengikut hukum2 dan perintah
Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati
dan ditanamkan dimana2
sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah
Taala dan di mana2 sahaja
dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai
seorang hamba yang
soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah.
Marilah kita sama2 ambil iktibaran.
Jazakallah