Saudara-saudari,
Masanya sudah tiba untuk saya berikan pendapat saya tentang politik semasa
di negara Malaysia ini. Terus terang saya katakan suasana politik di negara
ini amat tidak disenangi TUHAN. Sebabnya adalah seperti yang saya
senaraikan satu-persatu di bawah ini:-
1. UMNO berjuang untuk apa sebenarnya? Setahu saya sebahagian ahlinya hanya
mementingkan soal kedudukan status masing-masing melebihi maruah diri
seorang pemimpin. Contohnya begini, rakyat tidak sepenuhnya dapat pembelaan
yang sewajarnya daripada penindasan pihak berkuasa di bidang tertentu di
negara ini. Contohnya begini, bila saya ditindas oleh pihak berkuasa
tertentu di negara ini saya tidak pernah dipedulikan walaupun saya telah
berkali-kali membuat aduan untuk segalanya saya tuntut sekarang.
2. UMNO setahu saya hanya mementingkan perkara ini melebihi segalanya,
ia-itu bagaimana seorang pemimpin itu dapat menunjukkan kebolehannya dalam
sesuatu bidang. Contohnya si pemimpin hanya mementingkan soal untuk
menunjukkan kebolehannya melebihi tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan
kepadanya, agar orang UMNO berikan perhatian kepada setiap apa yang saya
nyatakan ini.
3. Ahli UMNO, terutama pihak pemimpin dalam sesuatu bidang atau bahagian
lebih mementingkan penonjolan dirinya melebihi daripada tanggungjawabnya
untuk membela rakyat di bawah pimpinannya. Contohnya begini, bagi kes saya
ini tidak ada sesiapa yang ambil kisah untuk mencari kebenaran yang saya
bawa dari TUHAN sekian lama ini. Pada TUHAN mereka ini amat takut kedudukan
masing-masing terjejas sebab saya sudah tentunya lebih bijak daripada semua
ahli UMNO yang ada. Inilah yang diperkatakan oleh roh mereka tanpa diri
mereka sendiri sedar dan tahu tentang perkara ini.
4. Kebanyakan ahli UMNO lebih mementingkan soal menunjukkan kebijaksanaan
mereka dengan berbagai unsur dan cadangan yang setengah daripadanya langsung
tidak menunjukkan kebijaksanaan mereka yang sebenar. Pada saya siapapun
boleh bercakap seperti apa yang orang UMNO cakap rata-ratanya. Saya bukan
mengata semuanya begitu tetapi kebanyakannya begitulah, agar teguran membena
dari saya ini diberikan perhatian oleh orang UMNO sendiri agar tidak
marahkan rakyat sekiranya rakyat tidak menghormati mereka secara yang
sebenarnya.
5. Setahu saya kebanyakan wanita UMNO hanya bijak bercakap sahaja tetapi
tidak pernah mendatangkan apa jua hasil yang benar-benar berfaedah kepada
rakyat yang mereka pimpin. Mereka hanya sekadar menunjukkan kebijaksanaan
mereka sahaja melebihi segalanya.
Begitulah serba sedikit komen saya tentang kebanyakan orang UMNO. Adapun
kemajuan yang dibuat adalah hasil cadangan atau pandangan orang lain, bukan
dari mereka sendiri. Sebagai pemimpin, seseorang itu seharusnya benar-benar
bijak, baru dapat melahirkan Kerajaan yang benar-benar disenangi oleh
rakyatnya. Pada mereka, mereka selalu dikutuk dan ditentang apa jua usaha
atau pembaharuan yang mereka hendak buat, tanpa mereka sedar mereka boleh
dikutuk dan ditentang adalah disebabkan apa yang mereka lakukan tidak
disenangi TUHAN sebenarnya sebab itu mereka ditentang, agar orang UMNO tahu
apa sebenarnya sebab cadangan atau unsur atau apa jua dari mereka ditentang
adakalanya. Rakyat negara ini amat memerlukan kepimpinan yang berteraskan
faktor ketuhanan yang sebenar, barulah mereka akan berpuas hati agar orang
UMNO berikan perhatian kepada setiap butir perkara yang saya nyatakan ini.
Hanya setakat ini sahaja pandangan permulaan saya terhadap politik semasa di
negara ini buat masa ini. Ingatlah pesuruh TUHAN telahpun TUHAN turunkan
dan telahpun cukup TUHAN sediakan untuk kami mendedahkan bentuk Kerajaan
yang tentunya amat disenangi oleh semua pihak di negara ini mahupun seluruh
dunia, ia-itu Kerajaan Illahi. Begitulah tugas yang TUHAN tentukan buat
Messiah dan Nabi Isa yang sudahpun TUHAN turunkan bersama berbagai mukjizat
dan kebijaksanaan yang TUHAN kurniakan kepada kami berdua. Sekian saya
maklumkan sebagai pembuka kata kepada emel saya seterusnya kepada UMNO
Reform.
Saya yang benar,
Meriam bt Ahmad Shaharudin (Messiah/Pesuruh TUHAN),
3C-2-02, Block C,
Okid Apartment,
Jalan Bukit Indah 3/4,
68000 Ampang,
Selangor.