Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ANUGERAH TERBAIK 2001

Semasa mamak mahathir berucap pada sessi penggulungan persidangan umno ke 55 yang yang dihadiri oleh 2027 orang lembu UMNO, dia telah mengumumkan calon terbaik lelaki popular bagi ketegori politik Malaysia dan orangnya tidak lain dan tidak bukan ialah YB Haji Mohd Sabu, Ahli Parlimen PAS Kuala Kedah. Untuk menyebut nama YB Haji Mohd Sabu, muka dan dahi mamak mahathir sampai berkeremot kerana begitu popularnya YB tersebut. Nampaknya sepanjang karrier mamak mahathir menjadi P***M** ini orang yang paling dia takuti ialah Mat Sabu, sebab inilah maka dimana saja dia berada dan dalam apa juga keadaan terutamanya dalam masa masa hendak mencari dan mendapat ilham untuk mencemuh dan mengutuk bangsa melayu ini agaknya fikirannya sentiasa terbayang kepada Mat Sabu.

Mamak mahathir ini rupanya peminat Mat Sabu juga maka itu dia tidak dapat melupakan untuk menyebut nama Mat Sabu.Kita hendak melihat dan mendengar Mat Sabu membawa watak mamak mahathir semasa ceramah nya pula selepas ini. Kita telah mendengar watak Ghafar Baba, Karpal Singh dan ramai lagi termasuk lah Sultan Selangor dilakonkan oleh Mat Sabu.

Kejuaraan Mat Sabu sememangnya telah diakui oleh mamak mahathir dan jika dikira rekod antara Mat Sabu dengan mamak mahathir sudah tentulah markah yang tinggi diperolehi oleh Mat Sabu.Dalam masa mamak mahathir sedang meraba raba mencari seorang yang layak untuk menduduki jawatan sebagai menteri kewangan ini rasanya adalah lebih baik jika Mat Sabu dilantik mengisi kekosongan tersebut dan tidak juga mustahil untuk mamak mahathir melantik Mat Sabu sebagai menteri kewangan kerana beberapa perlantikan menteri sebelum ini pun bukan dari ahli UMNO, hanya selepas dilantik baru mereka menjadi ahli UMNO dan bukan pula menjadi ahli MKT atau ketua bahagian UMNO, malah yang kalah dalam piliharaya pun boleh dilantik sebagai menteri dan apa salahnya jika salah seorang dari menteri kabinet sekarang ini dari parti PAS pula.Bagi mamak mahathir tidak mustahil semuanya ini kerana dia memang boleh dan selalu berkata boleh kerana BAHASANYA ADALAH BAHASA HAPRAK

Bercakap tentang kejuaraan Mat Sabu ini teringat kepada satu upacara yang telah diresmikan oleh shahidan kassim baba, menteri besar di negeri yang banyak gua diutara Malaysia ini. Setelah semua persiapan siap dibuat, kehadiran tetamu dan jemputan tidak beberapa kerat sahaja. Yang datang itu disebabkan oleh terpaksa menunjukkan muka dan dalam ramai ramai yang sedang menanti ketibaan shahidan kassim baba ini terdengar pula lawak seorang yang dikira penyokong UMNO mengeluh dengan kehadiran tetamu dan berkata ‘ni kalau kita jemput Mat Sabu, gelap tempat ini’ begitulah popularnya YB Mat Sabu yang sorang ini. Rasanya eloklah jika pada pillihanraya 2004 nanti PAS meletakkan YB Mat Sabu ini untuk bertarung dengan mana mana menteri Besar yang bertanding di mana mana DUN supaya kita boleh tengok betapa herot dan berkerot pula muka MB tersebut atau pun PAS letakkan Mat Sabu bertanding dengan mamak mahathir di Kubang Pasu lagi lebih afdal. Kita boleh tengok macam mana mamak mahathir tergagap dan melatah sambil menjalankan taktik kotor untuk menipu dengan membela hantu pileharaya dan jadi wakil pos tentera seperti yang dilakukan pada pilihanraya tahun 1999 yang lalu.

Berhubung dengan cadangan perlantikkan YB Mat Sabu sebagai salah seorang ahli kabinet mamak mahathir ini pula rasanya Mat Sabu sudah tentu tidak begitu teringin dengan jawatan menteri kewangan sebabnya dia memang pandai tentang sejarah jadi eloklah mamak mahathir membuat sedikit rombakan kabinet dan melantik Mat Sabu ke jawatan menteri hal ehwal dalam negeri. Ini lah jawatan yang selalu dia sebut dia suka sebabnya dia kata dia nak tengok semua fail fail yang ada di KDN termasuklah fail IGP,fail bekas chief eusoff chin dan hakim hakim serta bekas AG,mat taib Tyson, rahim tambi chik termasuk lah rafidah si-ayam piru .

Mat Sabu sendiri telah beberapa kali berkata yang dia tidak mahu menggunakan ISA keatas mana mana orang pun jadi tidak lah perlu mamak mahathir merasa bimbang sangat kalau Mat Sabu duduk dikerusi menteri hal ehwal dalam negeri. Sekurang kurangnya mamak mahathir bolehlah tidur lena dan bermimpi duduk dalam syurga. Mamak mahathir tidak perlu risau tentang nasib anak anaknya, yang dia takut sangat kalau anak anak nya kena ISA atau masuk penjara.Sebab kalau masuk penjara memang lebamlah bontot mereka.

Beginilah arena politik mamak mahathir dan UMNO yang sedang sakit tenat ini, perjuangan politik mereka tidak berideologi dan hari ini politik mereka ialah politik bergaduh dan tipu rakyat, semakin hari semakin ramailah musuh musuh mereka baik dari kalangan sesama mereka, dengan parti lawan, dengan negara luar dan negara jiran dan dengan siapa saja yang tidak sebulu dan sebau macam mereka. Jauh berbeza dengan ideologi perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman atau Allahyarham Tun Abdul Razak ataupun Allahyarham Dato Ahmad Boestamam yang sentiasa mengingati dan menasihat ahli ahli parti PSRM nya dulu bahawa politik yang berideologi tidak boleh sama sekali memburuk buruk dan mencerca peribadi ahli politik parti lawan tetapi boleh menegur dan mengutuk kesilapan parti lawan itu sahaja.

Mamak mahathir juga mempamirkan rasa kesalnya diatas tindakan yang telah diambil terhadap DS Anuar Ibrahim dengan keadaan yang berlaku kepada perpecahan dalam UMNO (tetapi berkata perpecahan melayu). Dia sedar sekarang ini bahawa tiada siapa dalam UMNO termasuklah dollah bedui, mat taib tyson atau najib dan lain lain ‘kedeke salam’ yang boleh dan mampu untuk menyatupadukan orang orang UMNO yang kepala batu dan dunggu serta bahalul melainkan DSAI seorang sahaja yang berkemampuan berbuat begitu. Dan sebagai seorang yang keras kepala dan terlalu besar egonya dia tidak sanggup menunjukkan kekesalannya apatah lagi mengaku kesilapannya yang telah dilakukan terhadap DSAI kerana ia akan merasa besar kemaluannya dimata rakyat dan dunia.Bahasa mahathir adalah bahasa haprak. Sehelai kain putih yang kita pandang belum tentu berwarna putih pada penglihatan mata mamak mahathir. Bila dia berkata ‘tidak’ maknanya dia ‘setuju’.

Bila dia buat baik jaga jaga.. baik… baik ada makna tu.

UMNO dan BN telah dirosakkan oleh mamak mahathir dengan memulakan dan terus menerus berpolitik bermusuhan dan politik gaduh kerana keangkuhan dan kesombongan dan keegoaan dapat berkuasa. Keseluruhan intisari ucapan dasar dan ucapan penggulungan mamak mahathir di persidangan UMNO lembu ke 55 yang lepas akan bakal menyaksikan kebencian dan meluatnya orang orang melayu,orang orang cina dan negara luar kepada kerajaan BN/UMNO/UMCINO sekarang ini.Interpretasi perasaan meluat dan benci ini akan dipamirkan pada piliharaya 2004 kelak dan tahniah serta terima kasih mamak mahathir (seperti yang anda selalu minta) kami ucapkan kerana telah membantu kami kearah kemenangan pada 2004 nanti.

SAYONARA, ADIOS DAN SELAMAT BERKUBUR LAH

UMNO/BN DAN ORANG ORANG UMNO/UMCINO /BN PADA TAHUN 2004 NANTI.

DONMONTOYA






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com