Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


"Ulamak Memimpin Kemenangan" - Harun Taib

"Ulamak Memimpin Kemenangan" - Y.B Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat pada majlis perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 40 menegaskan bahawa kepimpinan ulamak adalah terbukti penting dalam memimpin masyarakat dan umat ke arah kemenangan. Beliau juga menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia sebagai satu-satunya gerakan Islam yang dipimpin oleh golongan ulamak adalah penting untuk dipertahankan.

Ustaz Harun Taib juga mengingatkan para perwakilan yang bersidang tentang bagaimana dalam sejarah (seerah) Islam, telah tercatat bukti di mana Allah SWT tidak akan membiarkan Islam tanpa kewujudan pejuang-pejuang Islam. Beliau juga mengingatkan para perwakilan dan ahli-ahli PAS tentang firman Allah SWT yang memerintahkan agar orang-orang beriman supaya menjadi jentera dan pekerja-pekerja yang akan membantu dalam mengembalikan kegemilangan Islam.

Dalam ucapan perasmian, beliau juga telah mengimbas kembali liku-liku perjuangan yang dilalui oleh Parti Islam SeMalaysia, daripada PAS mula ditubuhkan sehingga saat pilihanraya umum 1999 termasuk pada ketika saat-saat genting yang dihadapi oleh PAS selepas penyingkiran PAS daripada pakatan Barisan Nasional pada tahun 1977 dan kekalahan PAS di Kelantan dan Terengganu. Beliau juga mengingatkan bagaimana perubahan kepimpinan di dalam PAS kepada Kepimpinan Ulamak telah memberikan nafas baru kepada perjuangan Islam yang didokong oleh PAS sehingga PAS berjaya merampas kembali negeri Kelantan pada tahun 1986 dan negeri Terengganu pada tahun 1999. Keteguhan kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulamak adalah juga membuktikan kemampuan golongan ulamak dalam mentadbir negeri dan negara.

Penubuhan Dewan Ulamak di peringkat kawasan

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Y.B Ustaz Harun Taib menyatakan bahawa Dewan Ulamak akan mula ditubuh dan dikembangkan ke peringkat kawasan-kawasan. Langkah ini adalah bertujuan untuk memastikan Dewan Ulamak dapat berperanan secara lebih berkesan sebagai pemangkin dalam mendidik ahli-ahli di peringkat bawahan. Usaha ini juga adalah juga bagi memastikan penglibatan Dewan Ulamak dalam memantau dan melaksanakan sistem tarbiyah ahli.

Langkah ini adalah selaras dengan perkembangan terkini di mana semakin ramai ahli-ahli baru yang mula menyertai PAS dan perlu melalui proses pertarbiyahan berkesan bagi memastikan mereka dapat membersihkan pemikiran mereka daripada fahaman-fahaman lama yang tidak selari dengan ajaran Islam.

Diploma Tasawwur Islam

Dalam ucapan beliau ketika merasmikan muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 40, telah mengingatkan ahli-ahli PAS tentang kepentingan melalui proses pentarbiyahan terutamanya yang disediakan oleh parti.

Beliau menyebut Diploma Tasawwur Islam yang ditawarkan oleh ILHAM dibawah Lujnah Tarbiyah PAS Pusat, akan membolehkan penyatuan kefahaman terutamanya di antara golongan professional dan golongan ulamak di dalam PAS. Ini membolehkan golongan professional menyumbangkan kepakaran mereka dengan lebih berkesan dan sejajar dengan kehendak Islam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com