Pihak kami telah dimaklumkan bahawa PDRM telah
menahan seorang lelaki bernama Mohamad Sobri bin Abu
Hassan yang memegang Kad pengenalan bernombor
610502-02-5055 telah ditahan untuk membantu polis
menyiasat kes rompakkan Southern bank kini ditahan
dibawah undang undang zalim ISA. Apa yang mencurigakan
adalah tertuduh juga adalah ahli PAS yang aktif
berusrah, Pihak keluaga dan teman teman tertuduh yang
menghubungi kami (Anti-ISA) mengatakan bahawa
kemungkinan tertuduh hanyalah dijadikan kambing hitam
oleh polis bagi meyelesaikan beberapa kes mesteri.
Menurut seorang teman beliau yang dikenali sebagai
Lan (bukan nama penuh) tertuduh dilihat kali terahir
pada 12 Jun di Mahkamah Shah Alam dan dipercayai telah
dibebaskan oleh dari tahanan reman- apa yang
merisaukan keluaga adalah tertuduh 'menghilang'
sejurus itu, dan dipercayai dibawa ke Bukit Aman oleh
sekumpulan lelaki. Lebih mendukacitakan lagi, isteri
beliau sedang sarat mengandung (8 bulan)- dan keluaga
beliau sedang menghadapai masalah kewangan yang
serius.
Dibawah diturunkan beberapa maklumat peribadi
tertuduh- dan harap semua pihak dapat membantu bagi
meringankan beban yang ditanggung oleh keluaga mangsa.
pengurus laman
14.06.01
-----------------------------------------------------
Nama: Mohamad Sobri bin Abu Hassan ( KP:
610502-02-5055)
Isteri: Zaharah (Milah) binti Saad
Tanggungan: 3 lelaki dan 1 perempuan. Satu didalam
kandungan.
Pekerjaan: Bekerja sendiri menjual makanan dan membawa
kanak-kanak ke sekolah.
Mula ditahan: 29hb Mei 2001 jam 6.40 ptg di rumahnya.
Di tahan untuk membantu polis menyiasat kes rompakkan
Southern bank dan aktiviti usrah beliau. Beliau adalah
ahli PAS yang aktif dengan aktiviti usrah.
Beliau dilihat orang dimahkamah Shah Alam pada 12hb
Jun 2001 dan kemungkinan telah dilepaskan pada ketika
itu (Senyum dan tangan tidak bergari lagi)
Saya benar-benar berharap agar saudara/saudari dapat
membantu Isteri beliau. Sekarang ini periuk nasi
keluarga mereka tertutup dan anak- anak tidak dapat ke
sekolah. Isteri beliau sedang mengandung anak kelima 8
bulan.
Sila hubungi isteri beliau (03 80704878.)
(Dikirimkan oleh seorang sahabat beliau yang prihatin)