Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Apakah "DAYUS" jatidiri kini rakyat Malaysia berPMkan si Nyanyuk

Dari peristiwa yang telah dipamerkan sewaktu perhimpunan agung UMCINO yang lalu, adakah diantara kita telah dapat menangkap akan satu hakikat yang telah ditunjukkan olih Allah s.w.t, akan perihal yang tersirat untuk pengiktibaran hambaNya bagi mengorak langkah untuk menggarap minda dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya demi kesejahteraan umat kini dan selamanya. Bagi mereka yang masih Allah s.w.t berikan kecerdikan dan ketajaman akal, sudah barang pasti akan dapat melihat dan dapat membuat kesimpulan bahawa kita seluruh rakyat Malaysia sebenarnya sedang mempunyai seorang Perdana Menteri yang sudah nyata MURTAD dan TERLALU NYANYUK yang teramat sangat ( kalau dah hina Islam, perlekeh huhud, persenda sunnah nabi, memusuhi ulamak. Nak kata apa lagi? Kalau bukan MURTAD).

Apakah masih ada yang mahu mengatakan bahawa beliau tidak layak dipanggil Murtad dan nyanyuk, jika perkara berikut ni telah dilakukannya :

1. Mempengaruhi perwakilan UMCINO dan orang Melayu untuk menyamakan agama lain setaraf dengan ugama Islam. Kalau dia masih diperingkat umur 60an bolihlah juga ditakrifkan murtad sahaja, tapi kalau dah umurnya sampai 77 tahun, patut sangat beliau ditakrifkan sebagai murtad dan nyanyuk yang amat sangat.

2. Melalak lalak menghentam orang orang lain secara tak berperasaan, dengan bahasa yang tak semua orang faham, mengigau ngigau berkata tentang penjajah asing, histeria dengan huru hara yang tak tentu hujung pangkal dan biji buahnya, walhal dia tahu tidak ada sesiapa yang ingin melayaninya. Melalut melayani mimpi nyanyuknya didepan burung burung yang dia pasti dan yakin tidak akan bolih berkata kata, tapi mampu mengangguk saperti yang diajar untuk sekian lama. Seluruh dunia tahu bahawa tidak ada satu pun rakyat Malaysia yang inginkan keadaan huru hara, kecuali dia. Ternyata Perdana Menteri Malaysia ini sudah lalut dan nyanyuk.

3. Berdegar degar hentam Reformasi dan DSAI. Kalau masih siuman, pasti malu tidak dinamakan anak jantan jika hentam orang yang telah terikat kaki dan tangannya. Berkali kali beliau yakin, heboh satu dunia bahawa idea Reformasi yang dibawa olih DSAI telah lumpuh dan mati, tapi kenapa merepek meracau hampir 90minit untuk itu?. Itulah buktinya siPerdana Menteri ini telah mamai dan nyanyuk.

4. Hentam keromo fasal ugama secara tak tentu arah, sombong bongkak, ujub dengan kelebihan diri, mahu semua rakyat menganggapnya sempurna dan dituntut agar taat kepada nya. Tak pernah dibuat orang, kecuali olih siFiraun dan orang orang nyanyuk saperti Perdana Menteri Malaysia yang ada pada hari ini.

5. Apabila orang mempersendakan Syurga Neraka, terbahak bahak gelak ketawanya. Bagi orang yang siuman dan sedar akan perkara perkara yang bolih merosakkan keimanan, tidak akan sanggup mengilai tarai, bersenda saperti itu, kecuali orang yang sudah murtad dan nyanyuk.

6. Merapu rapu mencaci cerca negara negara lain saperti Australia, Britain dsbnya tanpa memikirkan akan perasaan wakil wakil negara berkenaan yang datang sebagai pemerhati, implikasi terhadap ekonomi, politik dan sosial negara. Membandingkan ketiadaan sekolah cina diAustralia bagi masyarakat cina disana yang merupakan kaum pendatang dengan masyarakat Cina diMalaysia yang berstatus warganegara tulen. Kelakuan dan pendek akal sebegini hanya tergamak dilakukan dan dipunyai olih orang orang yang telah nyanyuk saperti Perdana Menteri yang sorang ini.

7. Dengan angkuh meminta perwakilan untuk menyatakan sayang dan ta’at kepadanya dengan menyuruh mereka bangun, orang yang siuman tidak akan berbuat sebegitu, kecuali siPerdana Menteri Malaysia yang ternyata sudah nyanyuk senyanyuknya.

8. Dengan sewenang wenang serta tanpa rasa segan silu menghina secelupar mungkin, mengatakan orang Melayu terutamanya yang inginkan Reformasi sebagai bodoh, haprak, tak mengenang budi, mudah lupa dsbnya. Sedangkan yang didepan dia itupun bangsa Melayu, yang sedikit sebanyaknya akan terasa hati kerana mereka pun orang Melayu juga, walaupun dari golongan orang Melayu akal kurang cerdik. Hanya orang yang nyanyuk sahaja tidak akan sedar akan bangsa apakah dia dan tak kenal dengan siapa dia berhadapan. Itulah siPerdana Menteri Malaysia nyanyuk masa kini. Macam juga kelakuan Tok Wan atau Nenek kita yang dah nyanyuk, kadangkala dah bercakap dengan dia berjam jam, tiba tiba tup tup dia tanya, siapa kita. Macam itulah juga tahap kenyanyukan siPerdana Menteri yang kita ada sekarang.

9. Dengan muka sadin menuduh Hakim Datok Mohd Kamil mencemar imej kehakiman sebab buka pekong bekas Ketua hakim Negara, mencampuradukkan masalah peribadi. Sedangkan semua orang seentaro dunia tahu, yang dia secara terang terangan telah beberapa kali menghina mahkamah satu waktu dulu, hasil dari kenyanyukannya dia lupa bagaimana beliau telah lari lintang pukang enggan hadir kemahkamah jadi saksi bila dipanggil. Bolih dia buat buat tak ingat dan buat muka tak malu. Mencampuri urusan Mahkamah , BPR SPR ,Polis , Peguam Negara dan sebagainya, nak lalut apa, kalau bukan atas alasan peribadi bagi melindungi kedudukan & kuasa diri, perniagaan anak pinak, kroni kroni dan lain lain. Apakah tindakan beliau itu tidak bolih diketegori sebagai mencemar imej kehakiman. Pasal dia telah nyanyuklah maka beliau tak ada perasaan malu langsung untuk berbicara tentang imej kehakiman.

Adalah terlalu banyak untuk diperkatakan tentang betapa nyanyuknya Perdana Menteri yang mengepalai pemerintahan negara kita.Apakah kita juga turut nyanyuk dan tidak mahu menerima hakikat bahawa kita, rakyat Malaysia masa kini diketuai olih siPerdana Menteri yang dah nyanyuk senyanyuknya. Apakah kita semua tidak merasa malu dan hina sebagai rakyat sebuah negara yang bermaruah, mempunyai seorang Perdana Menteri yang dah terlalu nyanyuk. Apakah kita tidak peka dan risau akan akibat serta kesan yang akan menyusul terhadap negara kita akibat bePerdana Menterikan seorang yang telah Murtad serta nyanyuk yang amat kritikal. Soal lagi diri, dari segi harga diri sebagai seorang Islam, apakah kita sanggup berketuakan seorang yang telah nyata Murtad dan Nyanyuk!!!!!!. Apakah kita sanggup dipanggil DAYUS dengan membiarkan seorang yang sudah murtad memimpin diri, keluarga dan negara kita????.

Ayuh wahai rakyat sekelian, samada dikampung, didesa, dipekan dan dibandar terutamanya ahli ahli professional, ulamak ulamak, para pendidik, manusia cendiakawan dan sebagainya, BANGUN dari lena tidur kalian. Bertindak segera sebelum negara kita musnah dan teberancai tak bersisa akibat kerenah songsang siNYANYUK pemusnah Ugama dan kesejahteraan manusia. Apakah masih mahu lagi mengharapkan perwakilan UMCINO spesis burung yang hanya pandai berceriyang didepan tuannya, untuk merubah keadaan?, alamat jadilah masyarakat Malaysia seumpama:

Punggok merindukan bulan, nampak jelas tapi tak kecapaian. Terasa bermimpi disiang hari, rupanya mengigau ditepi perigi. Air berkocak disangka keli, rupa rupanya sang buaya berendam mengasah gigi.

Pensil kayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com