Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bila Lagi Mahathir Nak Sedar

Bahagian 2

MESYUARAT MT itu berlangsung pada 3 Januari 2000 dan pada hari yang sama juga Setiausaha Agung Umno Tan Sri Khalil Yaakob memberitahu sidang akhbar mengenai keputusan tersebut.

Menurut Khalil alasan di sebalik keputusan itu ialah kerana Umno tidak mahu berlaku perpecahan.

Sepanjang perjalanannya untuk bercuti Mahathir yang telah penat sangat bekerja semasa musim pilihan raya itu tentulah sangat berlapang hati kerana pada jangkaannya sudah pasti keputusan MT itu diterima baik oleh semua ahli-ahli Umno tidak kira di peringkat mana mereka berada.

Pendek kata Mahathir menganggap bolehlah beliau bercuti dengan aman tanpa perlu gusar.

Beliau boleh melupakan terus masalah di dalam Umno buat seketika sebab mungkin itu jugalah tujuannya memilih tempat percutian yang jauh.

Beliau mungkin tidak mahu diganggu langsung olehsebarang masalah negara dan parti.

Sebagai Perdana Menteri yang telah berjaya menunjukkan kewibawaannya memimpin negara keluar daripada krisis ekonomi dan politik yang serius, Mahathir memang patut menikmati percutiannya dengan tenang.

Tetapi serentak dengan pemergian Mahathir itu isu mengenai keputusan MT, yang khabarnya dicadangkan oleh Datuk Wira Ali Rustam dan disokong oleh Tan Sri Khalil itu mula menjadi bahan polemik di kalanan ahli-ahli Umno.

Mereka mulai berbincang dan memperkatakan mengenai keputusan MT itu. Ada pihak yang sangat bersetuju dengan keputusan tidak membenarkan pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden, manakala satu pihak yang lain pula menolaknya.

Bagi yang bersetuju alasan di atas persetujuan mereka itu samalah seperti alasan MT iaitu takut Umno akan berpecah belah jika sekiranya pertandingan tersebut dibenarkan.

Tetapi di kalangan mereka ini bilangan yang takut melihat Umno berpecah sangatlah kecil sebab yang ramai ialah yang mahu mengampu dan mengipas Mahathir dan Pak Lah. Mereka inilah yang tidak berhenti-henti membuat kenyataan menyokong keputusan MT itu dengan niat supaya Mahathir dan Pak Lah memuji mereka sebagai seorang yangsetia kepada parti walaupun sebenarnya mereka menyelit tujuan lain di hati.- Bersambung

(Tulisan ini dipetik dari makalah tulisan Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak merangkap Setiausaha Eksekutif (1) Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Zaharin Mohd Yasin. Makalah yang dijual dengan harga RM3 di pasaran juga diberikan secara percuma kepada perwakilan bahagian dari seluruh negara. Penulis ini mendapat maklumat dari Setiausaha Eksekutif Umno Malaysia, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan dipercayai Tengku Adnan menjadi 'penaja' makalah ini untuk kepentingan politiknya. Penulis ini juga dikenali dengan nama Zahrin Gila di kalangan ahli-ahli Umno dan sering juga mendabik dada kononnya dialah yang mengarahkan Ketua Polis Negara (Tan Sri Rahim Nor) dan Timbalan Ketua Polis Negara (Tan Sri Norian Mai) menangkap dan memenjarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 20 September 1998 lalu. Baca tulisannya dan rahsia MT Umno boleh dikutip dari sini).





        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com