Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sedikit pandangan

Assalamualaikum.

Pertamanya, saya nak ucapkan syabas kepada PAS Dungun kerana berjaya menghasilkan satu laman internet yang banyak manfaat ini.

Keduanya, semasa pulang ke Kuala Terengganu pada musim cuti sekolah yang lalu, sepanjang perjalanan dari Geliga ke Jertih terdapat banyak bendera PAS dan bendera Negeri Terengganu yang di pasang pada tiang elektrik di antara pembahagi jalan.

Memandangkan bendera-bendera tersebut telah koyak, terutama sepajang jalan berkembar dari janakuasa TNB paka sehingga kepala jambatan sungai paka. Cadangan saya ialah supaya bendera-bendera tersebut di ganti dengan yang baru ataupun kalau bermasalah dengan kewangan eloklah diturunkan sahaja.

Ini kerana jika dibiarkan dengan keadaan demikian menyebabkan berlaku sedikit kecacatan kepada pemandangan dan keindahan sepanjang jalan dari Kemaman sehinggalah ke Besut tersebut.

Ambilah tindakkan yang sebaik mungkin supaya pelancong-pelancong yang datang ke negeri Terengganu akan mendapat kepuasan hasil dari menikmati pemandangan yang hijau dan bersih dari negeri kita.

Sakuan.
Kelana Jaya






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com