Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Hanya Satu Ringgit: Satu Saranan Bijak!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya tertarik dengan saranan saudara "Ngelupor Ngelejat" yang disiarkan dalam Harakah keluaran 16-30 Jun 2001. Saranan tersebut berbunyi "Satu Ringgit Selamatkan Anwar Ibrahim".

Sebagaimana yang kita ketahui, keadaan kesihatan Anwar sekarang semakin meruncing. Anwar berada dalam keadaan cukup tidak selesa. Bekalan perubatan beliau di penjara TIDAK MENCUKUPI. Apatah lagi layanan terhadapnya di sana. Saya difahamkan kesihatan dan tubuh badan Anwar sudah mula terjejas lantaran kesan ubat penahan sakit. Tangannya semakin bengkak. Saya tidak dapat bayangkan status kesihatan beliau dalam jangka masa terdekat ini jika beliau masih belum menerima rawatan yang sepatutnya. Ingat!!! Anwar telah dihantar balik ke penjara ketika beliau MASIH BELUM PULIH. Pendek kata, Anwar menderita kesakitan semasa dihantar pulang ke penjara dan kini beliau semakin tersiksa sebab BELUM MENDAPAT RAWATAN YANG SEWAJARNYA.

Mungkin ini yang dikehendaki oleh Mahadey. Mahadey suka melihat Anwar menderita. Mahadey berharap paling tidak pun Anwar akan cacat seumur hidup. Saya tidak dapat gambarkan berapakah harga yang terpaksa dibayar oleh Mahadey jika sesuatu yang buruk terjadi kepada Anwar.

Para Pencinta Keadilan, ketika saya menulis surat ini, Anwar sedang kesakitan. Berapa lama lagikah kita kena tunggu. Hendak harapkan ihsan Mahadey, jauh panggang dari api. Baiklah, sekiranya Mahadey tidak benarkan Anwar dibedah di luar negara, biarkan. Sekarang kita "push" kembali Mahadey untuk benarkan Dr. Thomas Hoogland untuk membedah Anwar di Malaysia. Biarkan Dr. Thomas Hoogland datang dan membawa semua peralatan pembedahan yang dikehendaki tanpa mengira kosnya.

Untuk menampung kos, saya ingin ulangi saranan "Ngelupor Ngelejat": Saya menyeru semua lapisan masyarakat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, untuk menyumbangkan HANYA SATU RINGGIT seorang untuk menyelamatkan Anwar sebelum terlambat. Saya yakin jumlah yang terkumpul mampu menanggung kos pembedahan Anwar di sini.Satu Ringgit tidak akan menjejaskan "budget" kita. Insya Allah, sumbangan kita ini akan diberkati Allah.

Biar kita tunjukkan kepada Mahadey bahawa rakyat Malaysia cintakan keadilan. Biar Mahadey sesak kepala kerana tidak menyangka kita sanggup berkorban sedemikian.

Saya berharap saranan ini mendapat perhatian serius, khususnya dari pihak pimpinan BA. Tolong fikirkan dan gerakkan jawatankuasa tabungan ini secepat mungkin. Ingatlah masa tidak menyebelahi kita. Proses saman menyaman kerajaan yang bakal dilakukan Anwar pun tidak meyebelahi beliau dan kita. Pendek kata keadaan beliau semakin kritikal. Please... harap dapat fikirkan secepat mungkin. Oh ya, seperkara lagi, pimpinan BA, just make sure that Mahadey TIDAK AKAN MELETAKKAN SYARAT BARU sekiranya pembedahan dapat dilakukan di sini. Wassalam.

shahrastani






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com