Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Teks Parlimen Ahli Parlimen Kemaman

Ahli Parlimen Kemaman
YB Abd Rahman Bin Yusof
Soalan-soalan Untuk Jawapan Lisan

1. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan sebagai tokoh penentang penjajah, bilakah Kerajaan bercadang untuk menghapuskan undang-undang peninggalan penjajah yang digunakan secara zalim untuk menindas dan menjajah rakyat negara ini seperti ISA, OSA, Sedition Act, Akta Mesin Cetak dan sebagainya. Apakah penerusan undang-undang ini bermakna rakyat masih dijajah dan oleh siapa pula.

2. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah Malaysia masih menjadi ahli IMF. Apa keuntungan dan menafaat yang diperolehi Negara sebagai ahli selama ini.

3. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan apakah Unit Perancang Ekonomi dibawah Jabatan Perdana Menteri menyedari bahawa Phileo Allied Berhad yang diberi penswastaan POS Malaysia Berhad dikuasai oleh Avenue Assets Sdn Berhad kepunyaan anak Perdana Menteri. Bukankah ini merupakan penyalahgunaan kuasa dan amalan nepostisma oleh Perdana Menteri.

4. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apa justifikasi syarikat Umiross Project Management dilantik sebagai jururunding projek untuk pembinaan bangunan-bangunan kerajaan dan sekolah-sekolah. Apakah dengan kekurangan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang Kementerian masih memerlukan jururunding untuk pelaksanaan projek-projek tersebut.

5. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Kewangan menyatakan apa justifikasi hutang Johore Corporation sebanyak RM 5.5 billion diserahkan kepada Jawatankuasa Pengstrukturan Semula Hutang . Sila nyatakan hutang badan-badan kerajaan yang lain yang diserahkan kepada Jawatankuasa ini dan berapa jumlahnya.

6. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan apa sekatan-sekatan yang dikenakan terhadap Petronas oleh Senat Amerika Syarikat. Apa implikasi sekatan-sekatan ini terhadap Petronas dan Negara.

7. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah kerajaan akan mempastikan pembinaan 7 (tujuh) buah kapal perang TLDM yang ditawarkan kepada Penang Shipyard Corporation akan dibina di Lumut seperti yang dicadangkan pada asalnya. Apa status pembinaan kapal-kapal perang ini sekarang.

8. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapa pemimpin Parti Keadilan Nasional dan aktivis Reformasi yang ditahan dibawah ISA tidak didakwa dimahkamah sedangkan pihak polis sudah menyatakan mereka mempunyai cukup bukti akan kegaitan mereka untuk menjustifikasi penahanan mereka. Apakah bukti-bukti ini direkacipta dan tidak boleh bertahan di mahkamah.

9. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan apakah dengan pengguguran pendakwaan lima pertuduhan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim bermakna pertuduhan terhadap Sukma Darmawan Susmitamadja dan Munawar Anees yang didapati bersalah dan dipenjarakan merupakan pertuduhan tidak berasas juga. Apakah Peguam Negara akan mengkaji semula pendakwaan terhadap mereka dan semua pertuduhan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

10. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apa tindakan kerajaan untuk menangani desakan Thailand untuk mengenakan denda terhadap negara kerana melengahkan pelaksanaan AFTA terhadap industri automotif. Apa implikasinya sekiranya industri ini dibuka kepada pasaran terbuka sekarang.

Soalan-soalan Untuk Jawapan Bertulis

1. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapa kontraktor PKK kelas D dan F yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalanraya sebelum diswastakan kepada:

(1) Roadcare Sdn Bhd {Kawasan Tengah dan Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang)},

(2) Belati Wangsa Sdn Bhd {Kawasan Utara (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis)} dan

(3) Selia Selenggara Sdn Bhd {Kawasan Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)}.

Berapa pula yang terlibat selepas diswastakan.

2. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan bercadang menghapuskan politik wang dalam pilihanraya umum. Apakah pembahagian wang ehsan melalui JKKK dan UMNO di Negeri Terengganu boleh ditakrifkan sebagai pengamalan politik wang oleh UMNO dan Brisan Nasional.

3. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan siapakah penyangak matawang dari dalam negeri. Apa kegiatan mereka dan implikasi terhadap kedudukan matawang negara.

4. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa nilai susutan asset Permodalan Nasional Berhad (PNB) akibat dari krisis matawang Asia. Berapa pula susutan asset dana-dana yang dikendalikan oleh kerajaan seperti KWSP, KWAP, LTAT, Tabong Haji, Kooperasi Polis dan sebagainya.

5. YB Abd Rahman Bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa jumlah kontrak yang bernilai lebih dari RM100 juta dikeluarkan semasa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sedang bercuti. Adakah kontrak-kontrak ini ditawarkan kepada mana-mana syarikat yang beliau mempunyai kepentingan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com