AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
YB Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail
Soalan-soalan Untuk Jawapan Lisan
1. YB Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri Pelajaran menyatakan
menyatakan apakah benar sekiranya negara tidak
melaksanakan system kuota maka hanya 20% sahaja
pelajar Bumiputera layak memasuki universiti seperti
yang dinyatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Apakah ini termasok bidang Sastera dan Sains Sosial
juga.
2. YB Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri Kesihatan menyatakan
apa tindakan kerajaan untuk memastikan
penyakit-penyakit baru yang boleh merebak seperti
“penyakit misteri’ yang membunuh lima (5) nyawa di
Raub berulang. Apa keupayaan penyelidikan dalam negara
untuk menangani penyakit sebegini.
3. YB Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail
[Permatang Pauh]minta Menteri Dalam Negeri menyatakan
apakah kerajaan bercadang untuk menghentikan
penguasaan media arus perdana dikuasai oleh Parti
Politik sebagai langkah memberi kebebasan kepada
penyebaran maklumat untuk rakyat negara ini.
4. YB Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan apa
justifikasi Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja membeli syarikat Unit Trust di
Singapura untuk membuat pelaburan di luar negara.
Berapa jumlah pelaburan yang terlibat dari
institusi-institusi kerajaan dan dimana ia dilaburkan.
5. YB Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan
apakah kerajaan akan menyemak semula senarai pengundi
seluruh negara memandangkan terdapat ramainya
‘pengundi hantu’ seperti di Likas. Apakah
dikawasan-kawasan lain kerajaan boleh memberi jaminan
bahawa ia bebas dari terdapatnya ‘pengundi-pengundi
hantu’ seperti ini.
6. YB Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan
berapa kadar sewa yang dikenakan oleh Putrajaya
Holdings Berhad untuk ruang pejabat dan kediaman rasmi
kerajaan di Putrajaya. Berapa jumlah sewa yang
dikenakan untuk Jabatan Perdana Menteri dan kediaman
rasmi Perdana Menteri setahun.
7. YB Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan
apakah kenyataan Perdana Menteri bahawa Tun Daim
Zainuddin tidak akan disiasat bemakna bekas Menteri
Kewangan tersebut mendapat imuniti dari tindakan
kerajaan terhadap kesalahan-kesalahan yang beliau
lakukan sekiranya ada. Apakah siasatan akan diteruskan
terhadap pelbagai laporan polis yang dibuat terhadap
beliau.
8. YB Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan apa
status muktakhir penyiasatan yang dibuat oleh BPR
terhadap pengeluaran bon palsu sebanyak US$ 5.0
billion (Bersamaan RM 19.0 billion) oleh pegawai
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. Kenapa tindakan
masih belum diambil terhadap mana-mana pihak setakat
ini.
9. YB Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan
apa tindakan kerajaan terhadap penglibatan polis dalam
kegiatan jenayah akhir-akhir ini. Apakah ini merupakan
manifestasi kekecewaan mereka terhadap kerajaan yang
mengabaikan kebajikan mereka.
10. YB Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail
[Permatang Pauh] minta Menteri Perusahaan Utama
menyatakan keberkesanan langkah-langkah yang diambil
kerajaan untuk menstabilkan harga komoditi negara
seperti getah dan kelapa sawit. Apakah langkah-langkah
yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini berkesan
dilaksanakan.