Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMCINO : Teguran buat Mohnas

Saya menulis bukan untuk menambahkan keruh. Cuma saya kurang bersetuju dengan pendapat Mohnas berkenaan istilah UMCINO. Saya lebih menyokong pensil kayu dan penulis cyber lain yang menggunakan istilah UMCINO bahawa istilah ini sebenarnya tidak menyentuh sensitiviti kaum cina tetapi semakin menambahkan kebencian kepada masyarakat cina yang berada di dalam BN sendiri. Istilah ini akan membuatkan mereka malu dan berfikir bagaimana orang cina yang sudah punya parti khas di dalam BN iaitu MCA tetapi cuba dipermainkan oleh Mahathir dengan membenarkan kaum cina di Sabah menyertai UMNO yang pada asalnya ditubuhkan hanya untuk orang melayu.

Apakah sokongan ahli cina yang berada dalam MCA masih tidak cukup bagi Mahathir hingga memaksa mereka terus menyokong secara langsung kepadanya? Mengapakah mereka tidak terus disalurkan melalui MCA yang sedia ada? Apakah logiknya mereka diserap ke dalam UMNO? Perkara ini akan membuatkan mereka terus berfikir tentang politik kotor yang digunakan oleh Mahathir.

Bahkan sebilangan rakan saya di dalam MCA begitu terpukul dengan panggilan ini dan berpendapat bahawa istilah ini merupakan satu sepakan bola yang tidak dapat dibalas dengan tangkapan yang baik. Mereka sendiri berasa pelik atas tindakan Mahathir ini. Apatah lagi setelah isu pembelian saham Nanyang Siang Pau dan China Press yang jelas didalangi oleh Mahathir.

Sebaliknya rakan-rakan berbangsa cina dalam BA begitu bangga menujukan istilah ini kepada lawan mereka di dalam MCA seolah-olah seperti smesh yang tidak dapat disambut. Sindiran ini memang merupakan satu pukulan yang tajam dan membuatkan masyarakat cina berasa terhina. Tetapi hanya kepada masyarakat cina yang bernaung di balik MCA dan UMCINO sahaja kerana siapa makan cili, dialah yang merasa pedasnya. Justeru lebih baik UMNO (United Malay National Organisation) ditukar saja namanya kepada UMCINO (United Malay & Chinese National Organisation)!

Kepada Mohnas yang sedang belajar di luar negeri, harap tidak melulu menegur selepas ini kerana kami yang berada di Malaysia lebih memahami dan menjiwai situasi yang berlaku di sini berbanding anda. Bukan untuk memperkecil, tetapi bagaimana anda yang berada di mesir hidup dalam kelompok pelajar melayu dan arab dapat menghayati semangat orang cina di sini? Walaubagaimanapun terima kasih atas teguran anda kerana masih ada pelajar mesir yang cakne,tidak menghabiskan masanya dengan tidur,ketagih internet dan melancong sana-sini sebagaimana majoriti yang lain.

anti-UMCINO
GERAK KHAS 2001





        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com