7 June, 2001 11:45 PM
Terima kasih Hj. Norian Mai dan Tv3/4
Buletin Utama di tv 3/4 (7 Jun 2001) tadi membuatkan saya tertarik dengan
kenyataan pak haji kita sorang ni. Mula-mula katanya imej P Dr. M ni dah semakin
pulih dengan tumpasnya perompak bank yang di katanya juga pelampau agama.
Alih-alih terkeluar pulak kenyataan berkenaan perhimpunan kita pada hari Sabtu 9
Jun 2001 ni. Tahu pulak P Dr. M ni tentang demo yang kita nak buat depan rumah
boss pak haji norian ni, pak lah bedawi. Mungkin dia surf jugak laman-laman pro
reformasi ni. Anyway, thank you very much laa kita para reformis ni nak ucapkan
kepada tv 3/4 ni. Rakyat di kampung-kampung yang tidak mempunyai perkhidmatan
internet ni tau lah jugak Sabtu ni ada demo kat KL.
Kita para reformis janganlah pandang kenyataan pak haji norian dan tv 3/4 ni
dari satu sudut sahaja. Sebenarnya secara tidak langsung, kenyataan pak haji ni
kat buletin utama tv 3/4 ni memberi publisiti yang meluas mengenai perhimpunan
kita di kediaman rasmi pak lah bedawi ni pada Sabtu ni. Rakyat yang tak tahu
menahu tentang perhimpunan ini juga yang mendapat maklumat mengenai perhimpunan
ini akan turut hadir menyertai kita pada hari Sabtu ni.
Dah la tu. Tak cukup dengan itu pak haji ni bagi warning la pulak. Katanya
rakyat di minta supaya tidak menyertai perhimpunan ini. Perhimpunan Sabtu ini
tidak di keluarkan permit oleh P Dr. M. Jadi, kata pak haji sorang ni,
perhimpunan hari Sabtu ni adalah perhimpunan haram. Haram kata pak haji ni? Tak
tahulah kita perhimpunan macam mana yang halal bagi pak haji norian ni.
Mungkin pak lah bedawi iaitu boss pak haji ni dah contact pak haji awal-awal.
Suruh buat kenyataan agar rakyat tidak turun demo pada Sabtu ni. Risau jugak pak
lah bedawi ni rupanya. Mungkin selama ni tengok reformis demo melalui vcd je.
Kali ni rakyat nak suruh dia tengok live pulak. Depan mata dia kita demo. Dekat
telinga dia kita jerit REFORMASI!
Esok (8 Jun 2001) gerenti la media-media akhbar penjilat ni bagi liputan
besar-besaran dengan kenyataan pak haji norian tu. Lagi sekali lah bagi
rakyat-rakyat marhen yang tak tengok berita kat tv 3/4 tu dapat maklumat tentang
demo Sabtu ni. Maka makin ramai la yang akan meramaikan demo Sabtu ni. Kita
bukannya apa pak lah bedawi oi. Kita nak hantar tuntutan rakyat aje. Habis dah
suara rakyat kamu taknak dengar, kami taknak lah menyusahkan kamu. Kami datang
sendiri ke rumah kamu nak hantar tuntutan rakyat ini. Takkan itu pon kamu takut.
Bukan kami bawak rocket louncer ke molotov coktail ke. Kita bawak suara rakyat
Malaysia aje.
Pak haji punya warning ni pulak katanya, pihak P Dr. M akan mengambil tindakan
terhadap rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan yang di kategorikannya
sebagai haram. Rakyat jangan takut. Perhimpunan kita ini sudah dinyatakan dalam
perlembagaan. Tidak haram pon. Kecuali ada anak-anak haram yang buat provokasi
menyebabkan kumpulan kita cemas. Gunakan apa yang ada. Perhatikan orang-orang di
sebelah kita pada Sabtu ini. Agak-agak ada yang mencurigakan, bawak aje jumpa
pak haji norian ni. Tunjukkan dia inilah anak haram yang nak buat kacau.
Masa hantar memorandum rakyat 14 April 2001 hari tu pun dapat warning jugak.
Siapa yang hadir mereka tidak akan teragak-agak menahan peserta perhimpunan
haram ini di bawah akta ISA. Berapa ramai yang kena tangkap ISA masa 14 April
tu? Seorang pon tak ada. Mungkin sebab penganjur berjaya mengawal keadaan
walaupun lebih 5000 rakyat turun pada hari itu. P Dr. M tidak boleh berbuat
apa-apa selagi perhimpunan kita berjalan dengan aman. Mungkin juga masa 14 April
itu, anak-anak haram upahan itu tidak berkesempatan nak buat provokasi.
Sama sahaja perhimpunan kita Sabtu ini. Selagi berjalan dengan aman, P Dr. M
tidak akan mengambil tindakan! Itu pun jika pihak P Dr. M itu berjiwa manusia
la. Kalau kita imbas kembali semasa di Kesas Highway 5 November 2000 yang lepas,
itu baru bukan manusia. Kita berhimpun secara aman, polis pulak yang start buat
kacau. InsyaAllah Sabtu ini kita akan berhimpun dan bersurai secara aman.
Lagi satu, bak kata Mat Sabu, di Kedah anak-anak muda lagi suka perhimpunan yang
ada water canon ni. Diorang lagi seronok kalau ade lori-lori merah ini. Baru ada
cabaran sikit. Itu kata Yb Mat Sabu kat Kedah. Kat KL ni wallahualam. Mungkin
suka jugak kot. Apa pun saya percaya dan yakin rakyat akan turun beramai-ramai
pada hari Sabtu 9 Jun ini di kediaman rasmi pak lah bedawi. Dan saya juga yakin,
perhimpunan kita akan bertambah ribuan lagi selepas kenyataan yang di buat oleh
pak haji norian di kaca-kaca tv dan akhbar-akhbar esok. Terima kasih kepada
mereka-mereka ini yang memberikan publisiti kepada perhimpunan kita ini.
Ayuh beramai-ramai ke kediaman pak lah bedawi Sabtu ini. Sekian.
PENYERAHAN TUNTUTAN RAKYAT
( SEMPENA 60 HARI TAHANAN )
BEBASKAN TAHANAN ISA
9 JUN 2001 - 3 PETANG
TEMPAT
KEDIAMAN RASMI MENTERI DALAM NEGERI
DS ABDULLAH AHMAD BADAWI
(LOT 855 JALAN BELLAMY, KL)
TURUT HADIR
KELUARGA MANGSA TAHANAN,
PIMPINAN PARTI BA & NGO
ANJURAN
GERAKAN MANSUHKAN ISA
c/o SUARAM Tel:03-77843525
WR Crew untuk,
Suara WebReformis
w w w . w e b r e f o r m i s . c j b . n e t