Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Rahid Ngah = Tak Relevan

Sebagai salah seorang rakyat negeri Terengganu yang sudah muak dengan gelagat cakap tak serupa bikin orang UMNO, saya tak terkejut dengan cadangan Rashid Ngah yang mencadangkan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan bagi menahan ‘ulama-ulama jahat’ yang mengunakan agama sebagai alat memesongkan pemikiran orang Melayu (kononnyalah..). Maklumlah, orang dah tak relevan, tua bangka pulak tu, sikap nyanyuknya tu memang akan menjadi-jadi. Kesian dia ni, takut agaknya sebab geng-geng dia ramai yang tumpas di tangan rakyat semasa pemilu ’99 dulu. Ini termasuklah ayah wang. Sebenarnya, Rashid Ngah dan ayah wang nilah salah satu contoh terbaik untuk gelaran ‘ulamak jahat’ ni. Nak ISA orang konon. Agaknya dia ni, apa benda ISA pun tak faham dan tak reti agaknya.

Rashid Ngah, bila lagi mung nak taubat? Rumah kata pergi, kubur depan rumah mung tu setiap saat panggil mung. Kawasan kubur kat depan rumah tu bukan luas lagi. Hairan bin ajaib bila peringatan kematian tu depan mata, 24 jam, tak sedar-sedar jugak lagi. Sudahlah tu, Rashid Ngah, dari ambe kecik sampai besor panjang, muka mung ada lagi. Cukuplah tu! Mung menang masa pilihanraya dulu tu pun, sebab pengundi hantu yang beribu jumlahnya kat kem polis hutan tu. (Ambe harap kerajaan PAS Terengganu can do something about this, sebelum pemilu yang akan datang). Biar Rashid Ngah ni, kalah. Dah lama sangat dah rakyat terpaksa pikul biawak hidup sekor ni. Kalau dulu, orang yang layak mengajar kat KUSZA pun ditolak permohonannya, semata-mata si biawak ni tak sukalah, bukan orang UMNOlah…ikut sedap dia aje, mentang-mentanglah KUSZA tu di bawah kerajaan negeri. Nah! Bila PAS memerintah, tertegaklah satu lagi siri keadilan di negeri Terengganu Darul Iman ni.

Ayuh! Pada sapa-sapa yang akan mengundi bagi kawasan Rashid Ngah ni pada pemilu akan datang, janganlah undi dia lagi. Dah nyanyuk, cakap pun tak betul. Takkanlah nak undi calon UMNO yang memang dah disahkan SEWEL dan BIUL kot?

Ummu-Umar






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com