Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SURAT TERBUKA UNTUK AYAHANDA ISMAIL IBRAHIM DAN AYAHANDA UST NAKHAIE

Assalamualaiku ayahanda berdua.

Tersebar sudah VCD lakonan ayahanda di depan maharaja dari perlis hingga ke Sabah.Bertambah faham seluruh rakyat marhaen duduk perkara.Berduyun-duyun rakyat berpindah ke payung Barisan Altenatif (BA) setelah menonton lakonan tersebut.Ayuh ayahanda mari mengikut kehendak ramai tinggalkan barisan najis sebelum 2004.Tidak sama sekali maharaja akan memilih ayahanda berdua untuk menjadi calon lebih lebih lagi selepas kegagalan dalam filem terbaru ini.Lihatlah nanti dongengan maharaja yang telah terlalu tua dalam perhimpunan memaksa ahli menyokongnya tidak lama lagi.

Sebagai sesama Islam anakanda berpesan kepada ayahanda berdua kembalilah mentauhidkan Allah sebelum terlambat.Tiada gunanya merapatkan diri dengan Iblis/syaitan kerana Iblis akan berpesta dan meninggalkan ayahanda berdua setelah berjaya memperdaya kerana iblis teramat takutkan Allah.

Renungilah Firman Allah SWT ini ayahanda berdua tentu lebih arif untuk mentafsirkannya....

"Pujukan orang-orang Munafik itu adalah seperti pujukan syaitan ketika ia berkata kepada manusia 'kafirlah kamu' maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata pula 'sesungguhnya aku terlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta Alam".

Ayat ke 16 Surah Al-Hasyr

Haruskah lagi ayahanda menghambakan diri dengan golongan yang sesat mengikut syaitan sedangkan ilmu ayahanda bukan kepalang ? Ingatkah lagi bagaimana syaitan mengubati diri mereka yang menderita bermacam-macam penyakit seperti buta matanya dan lain-lain.Syaitan akan menderita cedera parah terkena bedilan manusia beriman (laungan azan). Ya ubat bagi para syaitan itu adalah AIR KENCING manusia yang kencing berdiri yang tidak dibasuh mengikut peraturan syariat.

Memang berat dan sukar untuk meninggalkan mereka ayahanda tetapi sekiranya berusaha ayahanda Insya Allah akan berjaya melepasi rintangan.Sedangkan Jet Boing 747 yang beratnya bertan-tan pun boleh menjadi ringan dan terbang tinggi dan boleh turun kebumi dengan selamat.Usahlah mempermainkan dan mempersendakan agama.Tauhid dan Talaq tetap akan jatuh walaupun sekadar bergurau atau berlakon.Anakanda percaya dan yakin ayahanda berdua akan membaca artikal ini.Wallahu Ak'lam.

hagnet fakaw naw






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com