Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bicara Agama : Solat Jumaat Kesah dan Teladan (2)

Siri 2

Faktor-faktor menyumbang kepada berlakunya perkara berbangkit diatas Dan cadangan tindakan susulan yang sepatutnya.

1. Kaji semula kebenaran berniaga di dalam kawasan masjid ditakuti termasuk dalam perkara yang ditegah syarak.Pihak berwajib tentukan hukumnya secepat yang boleh.

2. Kebenaran berjaja dan berniaga oleh pihak masjid atau pihak yang mentadbir masjid sendiri tetapi tanpa garis panduan yang jelas lagi tegas dalam pelaksanaannya.

3. Ketidak ilmuan ,ketidak prihatinan atau kedegilan penjaja dan pembeli itu sendiri bagi yang menjalankan aktiviti jual beli di luar perkarangan masjid.

4. Kedangkalan ilmu ,kenipisan iman dan ketiadaan keprihatinan kita untuk berpesan-pesan dan tegur menegur untuk kebaikan bersama.

5. Teguran telah diumumkan oleh pihak masjid tetapi masih berlaku kejadian itu disebabkan tiada penguatkuasaan.Perlu diingat penguatkuasaan hanya perlu setelah kaedah mendidik dilaksanakan.Terlalu ramai jamaah yang jahil ilmu di Malaysia sekarang ini.

6. Malas naik ke tingkat atas dewan sembahyang terlalu tinggi tangga perlu didaki dek terlalu canggih benaan masjid.Alasan boleh cepat keluar masjid elakkan kesesakkan kenderaan yang perpusu-pusu hendak keluar.

7. Khatib terlalu lama menyampaikan kutbah.Tidak mengapa kalau cuti umum atau dikampung-kampung contohnya.Bagi jamaah yang waktu rehat terhad perlu balik ke pejabat atau kilang untuk meneruskan kerja.

8. Imam perlu memberi peringatan kadang-kadang manusia terlupa atau lalai dek terlampau nak cepat Imam pun dipotong macam bawa kereta pula.Diakhir kutbah atau sebelum sembahyang perlu menginatkan makmum seperti kebiasaan sebelum sembahyang sunat hari raya ada takbir sebelum fatihah,dan ingatkan niat solah atau seumpamanya.

9. Para bapa yang membawa bersama anak-anak kecil jangan biarkan mereka berkeliaran sentiasa awasi mereka bukan berada di saf hadapan tanpa memperdulikan anak

10. Tazkirah bukan sekadar di masjid di mana-mana pun boleh kita laksanakannya bagi tujuan mendidik.

Wallahu Ak'lam

Hagnet fakaw naw






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com