Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


HENTIKAN SPEKULASI

OLEH : WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

KUALA LUMPUR 14 JUN- Berbagai pihak telah membuat berbagai andaian mengenai laman Reformasi Mahazalimtwo yang telah di 'hacked' oleh ' Lord Xidius' atau lebih tepat lagi ialah , ianya berpunca dari unit IT PDRM yang memantau keadaan dalam Laman Reformasi. Laman ini mula di godam diantara jam 1.30 tengahari Sabtu lepas. Dalam kenyataan tersebut juga,pihak terbabit dikatakan cuba mengganggu laman FAC, dan berkemungkinannya tidak akan berjaya , kerana ianya merupakan sebuah laman yang dibayar. Oleh yang demikian, cita-cita 'Lord Xidius' nampaknya kurang memberikan kesan. Sehingga ke hari ini, ianya masih belum berhasil menggodam laman FAC

Sebelum membuat kenyataan ini, Pengurus Laman Web , Laman Reformasi telah mengeluarkan kenyataan dan penjelasan lanjut. Jika tidak ada aral melintang Laman Reformasi akan mula beroperasi dalam jangkamkasa 2-3 hari lagi jika diizinkan Tuhan. Berkemungkinan sehari awal.

Walaupun berbagai andaian yang dibuat , baik oleh webmaster laman pro reformasi lain, ianya langsung tidak tepat, namun pihak yang berkaitan dengan laman ini telah membuat kenyataan bahawa tidak mungkin akan berlakunya pembelotan, melainkan ianya membuatkan Laman Reformasi lebih dikenali.

Apa yang perlunya ialah muhasabah diri dan jangan jadi Pak Pandir dalam memberikan komen serta mengikut contoh teladan dari pemimpin UMNO/BN yang kerapkali tersasul. Dalam perjuangan selain dari jujur, kita juga harus banyak bersabar. Jangan diambil budaya menghasut dan menuduh, kerana ianya akan memusnahkan kredibiliti diri dan perjuangan ini.

Pengalaman di "tuduh" oleh laman pro reformasi lain ke atas Laman Reformasi dianggap kali pertama berlaku sejak 1998.Pengalaman di 'godam' juga telah diatasi lebih dari 8 kali . Hakikatnya kami tetap bertahan . Akan tetapi , tanpa sokongan dan simpatisme dari laman pro reformasi lain siapalah kami. Buat masa ini ianya masih berjaya dihidupkan semula walaupun menghadapi tekanan hebat. Semoga ianya memberikan pengalaman yang baik buat para reformis dialam cyber. Kita harus bersatu demi meneruskan perjuangan bagi menghapuskan kezaliman. Selamat berjuang.

SALAM REFORMASI.

LAWAN TETAP LAWAN






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com